SJ - 2925: [V] Perhubungan Sesama Insan

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2925: [V] Perhubungan Sesama Insan

:salam

Ana dah cuba cari dlm web ni kalau2 soalan ana ni dah ditanya! Namun, tak ditemui. Begini soalannya: Kawan memang senang dicari lebih2 lagi dlm dunia menuntut ilmu. Ana ada berkenalan dengan seorang kawan (lelaki) baru2 ni. Dalam tempoh yg singkat ana dpt rasakan ada sesuatu yg ganjil berkenaan dgn dia ni, setelah lama ana perhatikan dan siasat, rupa2nya dia ni adalah seorang yg suka kaum sejenis! ana agak terkejut! jadi ana memutuskan utk memutuskan tali perkawanan antara ana & dia sebab takut sesuatu yg tak diingini berlaku.

Jadi, mengikut pandangan Islam! adakah wajar hubungan seumpama itu diputuskan terus? Adakah ianya sesuai utk diteruskan? bagaimana pula dengan keadaan di mana jika seseorang itu sudah terlanjur melakukan zina (homo)- na'uzubillahi min zalik - , lantas dia sedar dr dosa besar itu, lalu bertaubat dan terus memutuskan hubungannya dengan pasangannya itu?

VHoutenJr (not verified)
Re: Perhubungan Sesama Insan

Antara jawapan yg lepas...

Petikan jawapan Ustaz Pendekar :

ADAB MEMANDANG DI ANTARA LELAKI DENGAN LELAKI :

Ianya sama juga dengan adab seseorang wanita dengan seorang wanita selainnya . Haram bagi seorang lelaki memandang aurat kaum sejenisnya . Dan haram juga mereka itu duduk di dalam kain selimut yang sama .

Dan selain itu , bagi kaum lelaki , mereka juga haram memandang kepada sesama lelaki , khasnya kepada budak-budak yang baru akil baligh – sekitar usia 10 hingga 15 tahun ( “ Amrod “ ÇáÃãÑÏ
)–khasnya bagi kaum lelaki yang mudah sangat terangsang hawa-nafsunya .

Memandang kepada “ amrod “ ini lebih besar bahayanya jika dibandingkan dengan kaum wanita . Ini disebabkan sukar untuk disyakki akan berlaku “ hubungan seks sumbang “ di antara sesama lelaki , berbanding dengan seorang lelaki yang “ agak rapat “ dengan kekasihnya ( wanita ) ! .

Perkara ini bukanlah perkara yang main-main , bahkan ianya adalah masalah yang amat perlu dijaga . Lantaran itulah , tidak sedikit kitab-kitab Fiqh yang membahaskan bab seperti ini .

Fenomena seorang abang angkat yang “ memakan “ adik angkatnya ( yang berada di usia amrod ) itu juga bukanlah suatu perkara yang boleh dinafikan , dan tidak ketinggalan, di beberapa buah asrama sekolah , budaya “ seks sejenis “ seperti ini nampaknya membiak dengan subur pula .

Kadang-kadang ianya terjadi disebabkan “ bergurau berlebih-lebihan “ sehinggakan seorang lelaki itu sanggup memegang kemaluan kawannya ( lelaki ) , bahkan ada yang lebih daripada itu . Walaupun ianya bergurau , akan tetapi bergurau seperti ini adalah tidak dibenarkan di dalam Islam . Kalau yang bergurau pun tidak dibenarkan , apatah lagi yang sungguh-sungguh ??? .

Di Pakistan dan India ( sebagai contohnya ) , tidak sedikit guru-guru besar sesebuah ma’ahad ataupun universiti yang melarang ditempatkan kaum lelaki dewasa dengan remaja lelaki ( amrod ) di satu bilik ( bilik yang sama ) . Larangan ini berlaku demi menjaga mata dan hati daripada berlakunya sebarang maksiat , apatah lagi setelah adanya beberapa kes beberapa orang guru yang “ memanjat “ anak-anak murid mereka yang amrod ! ~ Na’uzubillahi Min Dzalik .

Di tanah air kita juga , istilah “ Anak Bilis “juga telah mula berkembang ( sama dgn perkembangan istilah bohsia, bohjan dan bohtua ) . “ Anak Bilis “ ialah gelaran kepada anak-anak muda ( lelaki ) yang berusia sekitar usia 13 – 16 tahun , yang “ mencari makan “ dengan cara menyediakan perkhidmatan seks kepada lelaki-lelaki dewasa . Perkara ini bukan satu perkara yang main-main , dan buktinya sendiri ada . Contohnya : Di sekitar Jalan Masjid India ( berhampiran Semua House , Mydeen Store dan kedai-kedai di situ ) ! ,

Sebab-sebab gejala seks bebas ini berlaku , samalah dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini . Dan ianya lebih mudah berlaku dan berkembang disebabkan media-massa yang sememangnya suka mensensasikan kisah-kisah berbau seks . Lihatlah sahaja ke dalam negara kita sendiri , berapa banyakkah majalah-majalah berbau lucah yang digantung di kedai-kedai majalah !? . Adakah dengan beralasan “ KISAH BENAR “ maka boleh dibiarkan majalah-majalah berbau seks itu diterbitkan dan dijual secara meluas !? .

Di kala Malaysia didakwa sebagai “ Negara Islam Contoh “ , rupa-rupanya media-massa penyebar gelaja seks dipelihara dengan sebaik-baiknya . Manakala majalah dan media-massa yang berbau “ Islamic “:diharamkan dan dilarang dengan 1001 dalil ( dalih ? ) .

KESIMPULANNYA :

Menahan diri( ÇáÅÚÝÇÝ )
perlulah disemai semenjak kecil lagi , kerana kecurangan di dalam masalah inilah boleh mengakibatkan berbagai perkara-perkara sumbang itu berlaku .

Semoga Allah Ta’ala menjauhkan kita semua daripada segala gejala sosial yang bermaharaja-lela itu . Amin Ya Rabbal ‘Alamin ! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

Dan....

Syahwat adalah perkataan yang berasal daripada B. Arab . Asal pengertiannya ialah :

þÔåæÉ : ÇáÔåæÉ åí ÊæÞÇä ÇáäÝÓ Åáì ÇáãÓÊáÐÇÊþ

Ertinya : Keinginan diri kepada perkara-perkara yang menyeronokkan dan melazatkan

Namun di dalam istilah yang sering kita gunakan sekarang ialah . Syahwat @ Nafsu Syahwat@ Ghairah itu ialah keinginan seks ataupun keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang boleh memuaskan nafsu seks seseorang . Jadi tidak salah untuk kita labelkan ia sebagai “ Passion “ , “ Lust “ ataupun “ Desire “ menurut bahasa Inggeris .

Tanda-tanda seseorang yang didatangi nafsu syahwat @ ghairah ini juga perlu dilihat kepada peringkat-peringkatnya , iaiatu ada peringkat permulaan , ada peringkat pertengahan dan ada pula peringkat terakhir .

Bagi lelaki , peringkat permulaan ghairahnya dia secara biasa ( normal = tabi’e ) ialah apabila kemaluannya mulai menegang .

Dan ada juga teori yang mengatakan bahawa permulaan ghairahnya adalah ketika keluarnya air madzi ( bagi lelaki dan wanita ) . Namun ada pula teori ( fiqh & sains ) yang mengatakan bahawa saat keluarnya air madzi itu adalah peringkat pertengahan ghairah seseorang lelaki .

Manakala bagi kaum wanita mula , peringkat ghairahnya bermula apabila nafasnya sudah mulai tidak normal , degupan jantungnya pantas , suaranya tersekat-sekat dan sebagainya .

Dan peringkat terakhir bagi kedua-dua jantina itu di dalam keghairahan ialah apabila mencapai klimaks ( puncak kenikmatan ) di dalam melakukan hubungan seks ataupun setelah mencapai ejakulasi ( ejaculation ) iaitu keluarnya air mani .

Walaupun ejakulasi selalu dikaitkan ( sinonim ) dengan klimaks , namun menurut sebahagian para pengkaji bidang ini menyatakan bahawa klimaks sebenar bagi lelaki ialah apabila dia mampu memberikan “ layanan nan indah “ kepada isterinya dan bagi si wanita pula apabila menerima kasih-sayang dan perhatian daripada suaminya .

Namun , kami percaya , saudara tidak perlu bersusah-hati mengenai perkara ini , Insya-Allah apabila saudara sudah memasuki alam rumah-tangga dan sudah bergelar suami kelak , saudara pasti akan mengetahui apakah makna syahwat itu .

2 – Syahwat itu secara asalnya tidalah tercela . Ataupun syahwat itu tidaklah tercela disebabkan ianya bernama syahwat . Namun yang menyebabkan ianya tercela ataupun terpuji apabila ditinjau di manakah disalurkan keinginan syahwat itu .

Jika syahwat itu disalurkan ke tempat yang tidak sepatutnya seperti hubungan seks secara rambang , seks sebelum nikah , seks sejenis dan sebagainya ( Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik ) maka sudah tentulah ianya tercela .

Namun jika ia disalurkan ke tempat yang sepatutnya dan berpandukan hukum-hakam syariat , iaitu dengan mengadakannya dengan isteri dan diadakan hubungan itu di masa dan tempat yang sewajarnya , maka sudah pasti ianya tidak tercela bahkan ianya adalah terpuji dan mendapat pahala .

Lantaran itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah memperingatkan kita dengan sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Dzar r.a :

Úóäú ÃóÈöí ÐóÑøò Ãóäøó äóÇÓðÇ ãöäú ÃóÕúÍóÇÈö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáõæÇ áöáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÐóåóÈó Ãóåúáõ ÇáÏøõËõæÑö ÈöÇáúÃõÌõæÑö íõÕóáøõæäó ßóãóÇ äõÕóáøöí æóíóÕõæãõæäó ßóãóÇ äóÕõæãõ æóíóÊóÕóÏøóÞõæäó ÈöÝõÖõæáö ÃóãúæóÇáöåöãú ÞóÇáó Ãóæó áóíúÓó ÞóÏú ÌóÚóáó Çááøóåõ áóßõãú ãóÇ ÊóÕøóÏøóÞõæäó Åöäøó Èößõáøö ÊóÓúÈöíÍóÉò ÕóÏóÞóÉð æóßõáøö ÊóßúÈöíÑóÉò ÕóÏóÞóÉð æóßõáøö ÊóÍúãöíÏóÉò ÕóÏóÞóÉð æóßõáøö ÊóåúáöíáóÉò ÕóÏóÞóÉð æóÃóãúÑñ ÈöÇáúãóÚúÑõæÝö ÕóÏóÞóÉñ æóäóåúíñ Úóäú ãõäúßóÑò ÕóÏóÞóÉñ æóÝöí ÈõÖúÚö ÃóÍóÏößõãú ÕóÏóÞóÉñ ÞóÇáõæÇ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÃóíóÃÊöí ÃóÍóÏõäóÇ ÔóåúæóÊóåõ æóíóßõæäõ áóåõ ÝöíåóÇ ÃóÌúÑñ ÞóÇáó ÃóÑóÃóíúÊõãú áóæú æóÖóÚóåóÇ Ýöí ÍóÑóÇãò ÃóßóÇäó Úóáóíúåö ÝöíåóÇ æöÒúÑñ ÝóßóÐóáößó ÅöÐóÇ æóÖóÚóåóÇ Ýöí ÇáúÍóáóÇáö ßóÇäó áóåõ ÃóÌúÑðÇ

Ertinya : Saidina Abu Dzar r.a menceritakan : Beberapa orang para sahabat r.a berkata kepada Baginda Rasulullah s.a.w ( seperti mengeluh ) : “ Wahai Rasulullah ! , Alangkah untungnya orang-orang yang kaya-raya itu . Mereka pergi mengadap Allah dengan banyak pahala sebab mereka pun sembahyang seperti kami , mereka juga berpuasa seperti kami dan walhal mereka pula boleh bersedekah dengan lebihan-lebihan harta-benda mereka “ . Jawab baginda Rasulullah s.a.w : “ Bukankah Allah telah pun menjadikan setiap tasbih ( ucapan SubhanalLah ) yang kamu ucapkan itu sebagai sedekah ? . Bukankah Allah juga telah menjadikan pahala kamu bertahmid ( ucapan Alhamdulillah ) itu seperti pahala sedekah ? . Dan bukankah Allah juga telah menjadikan setiap tahlil ( ucapan La Ilaha IllalLah ) , setiap amar makruf dan nahi munkar itu sebagai sedekah ? . Hatta jika kamu mendatangi ( jimak ) dengan isterimu pun itu dianggap sedekah !? “ . Para sahabat r.a bertanya kehairanan : “ Wahai Rasulullah ! , bagaimana kami boleh mendapat pahala hanya dengan berseronok-seronok berjimak dengan isteri-isteri kami ? “ . Jawab Baginda Rasulullah s.a.w : “ Ya , boleh dapat pahala . Cuba kamu semua fikirkan , kalau seseorang itu memuaskan nafsu syahwatnya secara haram , tidakkah ini bermakna dia telah berdosa ? . Maka , begitulah pula jika dipuaskan nafsu syahwatnya dengan cara yang halal , maka sudah tentulah dia akan mendapat pahala “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rh di dalam sahihnya [ Kitab az-Zakat : Hadist ke-53 , Bab-16 : Bab Kullu Ma’aruf Sodaqah . Jilid ke-7 , ms 75 ] dan diriwayatkan juga oleh Al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh [ 5 / 167 / 168 ] dan Al-Imam Abu Daud rh . { Tatawwu’ : 12 ] & [ Adab : 160 ] .

Adapun masalah bersentuhan di antara kaum sejenis seperti lelaki dengan lelaki . Pada asalnya ( sebagai mana kata saudara ) memanglah bersentuhan di antara kaum sejenis itu tidak dilarang .

Akan tetapi apabila ia boleh membawa kepada fitnah dan bahaya seperti bagi seorang lelaki yang mudah terangsang nafsu syahwatnya dan nafsunya pula pelik - “ suka kepada kaum sejenis “ – maka diharamkan bersentuhan dengan mereka ataupun mereka itu haram menyentuh rakan-rakan mereka walaupun drp kaum sejenis . Ini sebagai pencegahan awal daripada berlakunya perkara yang tidak diingini ( seperti liwat dan homoseksual ) – Wal’iyadzubilLahi Min Dzalik .

Begitu juga , di dalam istilah fiqh ada disebut perkataan “ AMROD “ ( ÇáÃãÑÏ ) . Apakah “ Amrod “ itu ? .Amrod ialah budak-budak lelaki di sekitar usia 10 – 15 tahun yang mempunyai rupa yang menarik dan boleh menyebabkan si lelaki itu sendiri “ geram “ apabila memandang kepadanya .

Hukum asal memandang “ Amrod “ ialah HARUS sebagai mana kita ( lelaki ) boleh memandang sesama kaum sejenis kita . Akan tetapi apabila memandang itu boleh menyebabkan orang yang “ berpenyakit jiwa “ itu ghairah dan naik nafsunya , maka DIHARAMKAN sama sekali dia memandang kepada “ Amrod “ kerana dikhuatiri akan berlaku pula perkara yang tidak sepatutnya .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

WA

Re: SJ - 2925: [V] Perhubungan Sesama Insan

:wassalam
Tahqeeq:
JKK kpd sdr VH. Oleh kerana ia berasal dari Ust Pendekar (salah seorang Masyaikh alAhkam, yg terputus line setakat ini kerana gangguan teknikal), maka jawapan ini diluluskan.

Mengenai si fulan yg terjebak dgn kegiatan Homo dan telah insaf maka bacalah ayat AQ 3:135. Kemudian browse archive kami bagaimana memasuki bilik mandian Taubat. WA