assalamualaikum..,
Di sini saya ingin membuat pertanyaan kepada ustaz mengenai melewat-lewatkan waktu solat walaupun secara berjemaah. Di mana zohor sepatutnya pukul 1.10pm tetapi azan pada pukul 2pm kerana ada gotong royong? Boleh tak ustaz sertakan pandangan daripada 4 mazhab dan hadis. Sekiranya saya bekerja dan waktu solat hanya dilakukan pada waktu rehat (secara berjemaah) apa pandangan islam?..harap mendapat pandangan daripada pihak ustaz. Terima kasih
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 00168: [G] Melewatkan waktu solat fardu selain isyak &a
Primary tabs
Sat, 04/10/2003 - 4:19am
#1
SJ - 00168: [G] Melewatkan waktu solat fardu selain isyak &a
:salam
Sebagai intro sebelum dijawab dgn lebih baik, bolehlah ke URL berikut dan ihat persoalan 1:
Hukum Menghitamkan Uban & Dalil Keafdhalan Solat di awal waktu.
Sekian. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Tahqeeq:
Melewatkan itu adalah keputusan jama'ah kerana ada uzur syara'iy. Melewatkan sedikit kerana memberi ruang utk ahli jama'ah membersihkan diri. Manakala solat berjama'ah di pejabat : uzurnya ialah kerana kebetulan pada waktu rehat. Selalunya waktu rehat ialah 12:45 pm-2:00pm atau 1:00 pm-2:00 pm. Ini adalah waktu yg awal waktu. Jika waktu rehat pejabat/kilang anda ialah pukul 2:00 pm, maka secara berjama'ah masih awal waktu. Tidak ada masalah.
WA