SJ - 3010: [G+Z] meletakkan aulawiyat!!

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3010: [G+Z] meletakkan aulawiyat!!

Bagaimana kita hendak meletakkan aulawiyat di antara urusan keluarga terutama sekali terhadap ibu bapa dengan urusan-urusan yang berbentuk keagamaan seperti kuliah2, aktiviti persatuan da'wah dan yang sewaktu dengannya? ..mungkin boleh difokuskan dalam lingkungan usia remaja dan juga secara umum..

Re: meletakkan aulawiyat!!

:salam

Dr Yusuf al-Qaradhawi menulis sebuah buku yg tebal khusus utk membincangkan mengenai fiqh awlawiyyat ini. Jadi adalah mustahil utk kami menulis di sini pula utk menenrangkan kpd sdr. Saya sarankan agar sdr mendapatkan sendiri buku tersebut yg sudahpun diterjemahkan kpd Bahasa Melayu dgn tajuk fiqh keutamaan. Mungkin panel lain boleh merumuskan kpd sdr.

Sekian. WA.

:wassalam

Re: meletakkan aulawiyat!!

:salam

Sekadar menambah apa yg ditulis oleh Tuan Guru Al-Fadhil

Fiqh Awlawiyyat penting ditanam ke jiwa sanubari remaja agar mereka memahami yang harus diutamakan, yang mana harus dikemudiankan. Contohnya, remaja sekarang banyak dihanyutkan oleh arus cinta sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Belajar larut malam sehingga terlepas subuh. Aktif bersukan sehingga study lingkup. Ada yang keluar berdakwah tetapi tidak menghormati ibu bapa.

Kita tahu syaitan menggoda manusia melakukan kebatilan demi kebatilan. Tetapi kita kena ingat bahawa syaitan juga menggoda manusia melakukan KEBAIKAN/AMALAN bukan pada tempat yang sepatutnya. Dia (syaitan) tak dapat goda buat jahat, dia goda kita suh buat benda baik tetapi bukan pada tempatnya. Itu salah satu bentuk godaan syaitan terhadap manusia.

Satu ayat yg menukilkan cukup baik akan perihal fiqh al-awlawiyyat ini:
“Apakah mereka yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan menguruskan Masjidil haram, kamu samakan dengan mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta berjihad di Jalan Allah? Mereka tidak sama di sudut Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum muslim yang zalim. Mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad di Jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Dan mereka itulah yang mendapat kemenangan.” (surah At-taubah: ayat 19 hingga 20).

Dalam ayat ini kita dapati terdapat amalan kebaikan tetapi tidak sama tarafnya. Orang yang berjihad di Jalan Allah (ketika perang badar) tidak sama orang yang memberi minuman kepada mereka mengerjakan ibadah haji dan menguruskan masjidil haram. Ketika ayat ini diturunkan, perintah jihad telah difardukan. Ada sesetengah umat Islam pada ketika itu hanya ingin memberi makan minum dan menguruskan masjidil haram kerana mereka menyangka mereka telah benar-benar beriman kepada Allah. Tetapi kerana tuntutan semasa yang menyahut umat Islam berjihad, maka golongan itulah yang mendapat kemenangan.

Dalam memahami fiqh al-awlawiyyat, para ulama menggariskan panduan maslahah (kepentingan) yang mana harus didahulukan:

1. Ad-dharuriyyat yang bermaksud sesuatu yang kita tidak berupaya hidup kecuali dengan kewujudannya
2. Al-Hajjiyyat yang bermaksud kehidupan yang boleh berlaku tanpa perkara tersebut walaubagaimanapun kehidupan akan mengalami kesukaran dan kesengsaraan
3. Al-Tahsinat yang bermaksud sesuatu yang dipergunakan untuk menghias dan mempercantikkan kehidupan. Atau seringkali disebut sebagai kamaliyyat (pelengkap/penggenap)

Kalau ikut fiqh pertimbangan (fiqh al-muwazanat) mengharuskan kita
1. Mendahulukan ad-dharuriyyat berbanding dengan al-hajjiyyat apatah lagi terhadap at-tahsinat
2. Dan mendahulukan al-hajjiyyat berbanding dengan at-tahsinat.

Apabila faham keutamaan itu dibajai dihati remaja, insyaAllah kita akan melihat remaja2 Islam tidak ada yg melepak, menghormati Ibu Bapa dsb.

:wassalam

Re: SJ - 3010: [Z] meletakkan aulawiyat!!

:salam
Komentar:

Kita tidak tahu apakah status anda? Bujang ke dah kahwin? Apakah yg anda maksudkan urusan keluarga? Apakah ibubapa anda uzur dan memerlukan anda menyara hidupnya atau terlalu tua dan ada penyakit yg memerlukan penjagaan berterusan?
Dakwah pula adalah kerjaya yg unggul. Ia dalah kerjaya Nubuwwah dan amat tinggi nilainya di sisi Allah SWT (Siapakah yg lebih baik perkataanya drd mereka yg menyeru kpd Allah) AQ 41:33. Kerjaya ini tidak akan bercanggah dgn apa jua urusan hidup. Allah jamin orang yg bersungguh-sungguh pada jalannya, Dia akan beri jalan keluar (dan orang2 yg berjihad untuk Kami, benar2 akan Kami tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami) AQ 29: 69
Jawapan kami: Jika anda menjadi pendakwah yg benar, anda akan mampu menjaga keluarga. Asalkan anda bukanlah kumpulan dakwah yg sering keluar hingga ke Benua India sampai berbulan-bulan. Dakwah jenis ini kita tidak tahu apakah statusnya.WA