SJ-1641: Perbandingan Mazhab & Fikrah Al-Ahkam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1641: Perbandingan Mazhab & Fikrah Al-Ahkam

Assalamualaikum wbt.
Saya mempunyai kemusykilan mengenai dengan Fikrah Al-Ahkam ini, iaitu :-
Para panelis di sini menggunakan method perbandingan mazhab di dalam mengemukakan jawapan-jawapan fekah, persoalannya ustaz :

(01)- Bukankah lebih baik dijawab dengan mengemukakan satu mazhab sahaja, kerana ianya tidak memeningkan para pengunjung Al-Ahkam ini ?.

(02)- Apabila terdapatnya berbagai jawapan, dan terdapat satu keputusan yang lebih tepat drp berbagai mazhab itu, adakah salah kalau diikuti mazhab-mazhab selain drp mazhab yang lebih tepat keputusannya itu ?.

(03)- Adakah method perbandingan mazhab yang diamalkan oleh Al-Ahkam ini boleh diterima oleh masyarakat kita yang suda terbiasa dididik dengan mazhab Imam Syafie ?.

(04)- Adakah method perbandingan mazhab ini bermakna talfiq , yang khabarnya talfiq ini adalah haram kerana mencampur-adukkan di antara mazhab-mazhab?.

Diharap ustaz dapat menjawabnya dengan memberikan penjelasan yang memuaskan dan kalau boleh saya nak tahu juga apakah bahan-bahan bacaan terbaik di dalam bidang ini (dlm B. Melayu & Indonesia)

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan rahmat kepada usaha ustaz-ustaz sekalian dan membimbing kita semua ke jalan hidayahNya Yang Maha Benar.

Terima Kasih.

Wassalam wbt.

Re: SJ-1641: Perbandingan Mazhab & Fikrah Al-Ahkam

Jawab:

Terimakasih di atas keperihatinan dan saran anda itu. Kedudukan fiqh alAhkam Online sebenarnya banyak sekali yg telah dijelaska dengan panjang lebar oleh Maintainer #1 (syaikh Zain ys) sila lawati ruangan Diskusi dan paparan Utama ahkam. Namun kita ulangi sekali lagi, kerana ulang-mengulangi ini merupakan metode alQur'an.

1. Kenapa Ahkam tidak menjawab dengan pendapat Satu Madzhab sahaja untuk mengelakkan pening para pengunjung (surfers). Kebimbangan spt ini pernah menggemparkan Indonesia pada tahun 1996, di mana Ikatan Mahasiswa Muhammadiah bahagian Siputat, Indon, telah mengadakan suatu muktamar khas membincangkan fenomena fiqh perbandingan ekoran tabloid Republika mengendalikan ruangan soaljawab agama yg dikendalikan Ustaz M Quraishi Shihab secara perbandingan bukannya fiqh Syafi'iy yg menjadi anutan masyarakat Nusantara. Beliau menjawab begini:
" Saranan memberi hanya satu pendapat fiqih memang benar dan logik sekali, mudah dan terus kpd satu sumber sahaja. Tapi pokoknya masyarakat mahukan lebih dari satu. Kalau kita kemukakan satu sahaja, kita dapati mereka akan bertanyakan orang lain pula, kemudian mereka akan bertanyakan orang lain pula sehingga mereka berpuas hati. Maka kenapa tidak kita kemukakan semua sekali kepada mereka? Masyarakat kita sudah matang dan mereka ada kemampuan memilih; memberi jawapan lebih dari satu juga sesuai dengan revolusi ledakan globalisasi dan informasi; masyarakat sudah biasa dengan maklumat dari pelbagai sumber. Rasional seterusnya apa yg sering ditanya oleh masyarakat bukanlah suatu masalah yg ada jawapan right or wrong atau YES or NO atau 2X5=10, akan tetapi masalah yg ditanya itu mempunyai banyak jawapan dan kita berikan kesemua jawapan itu untuk dipilih oleh mereka.
Maka alAhkam berpendapat jawapan M Quraihi Shihab itu memadai.

2. Isu kedua: Jika selepas dibuat perbandingan dan dianalisa oleh pentahqeeq yg muktabar, terdapat pendapat yg rajih, maka apakah salah mengambil juga pendapat yg lain?
Kita berpendapat : jika dihidangkan 4 jenis makanan dan salah satunya paling berkhasiat, dan kita tetap memilih yg lain, maka ingin bertanya, "kenapa berbuat demikian?" selepas buat analisa, dah tahu yg mana terbaik, kemudian ditinggalkannya." Ini adalah suatu keganjilan dalam memiliki ilmu nazar fiqhi (ilmu analisa fiqh); Jawapan ringkas, "boleh" tapi kalau dah nak jawapan lain kenapa buat muqaran?

3. Yang akan menerima alAhkam ialah anda. Jika anda tak terima , ahkam bukanlah suatu badan yg berautoriti atau mulzim untuk memaksa sesiapa. Trend masyarakat terpelajar hari ini semakin menerima fiqh tanpa sempadan.

4. Apakah fiqh muqaran ini membawa kepada talfiq?
Tidak, sebab talfiq berlaku kepada muqallid (orang bertaklid) sedangkan muqaran menjelaskan dalil dan mereka yg memilihnya adalah muttabi' (mereka yg meneliti nas dan dalil). Talfiq bagi muqallid tidak tercela kerana pada asalnya mereka tidak mengetahui dan bertanyakan orang alim disekelilingnya atau yg mana dia mampu mendekatinya. Sedangkan muttabi' yg memilih pendapat terkuat kerana kekuatan dalilnya bukan hawa nafsu. Masalah campur madzhab, Imam, sahabat, tabi'in ini diharuskan kerana mereka adalah asset umat Islam untuk semua orang.
5. Bahan-bahan rujukan yg dapat membetulkan persepsi anda terhadap fiqh perbandingan:
a. Perselisihan dalam Hukum Feqah oleh Dr Sulaiman Asyqar
b. Pengantar Ilmu Feqah oleh Prof TM Hasbi Siddiqey
c. Fiqh Sunnah oleh Syaikh Sayyid Sabiq
d. Encyclopedia Fiqh Wanita oleh Dr Karim Zaydan
e. Perbandingan Madzhab oleh Prof HM Asywadie Syukur LC
f. Fatawa Mu'asirat oleh Dr Qardhawi
g. Halal dan Haram oleh Dr Qardhawi
h. Fiqh Tujuh Madzhab oleh Syaikh Syaltut dan Ali alSais
i. Fiqh Empat Madzhab oleh alJaziri
k. Fiqh Islami oleh Dr Wahbah Zuhaily
Kitab-kitab lama:
l. alMajmu oleh Imam Nawawi
m. Bidayah alMujtahid oleh Ibn Rusyd
n. alMughny oleh Ibn Qudamah
o. Ibn Hazm dalam alMuhalla
p. Ibn Hajar, syarah sahih Bukhari
q. Imam Nawawi , syarah Sahih Muslim
r. Syawkani, Nailool Awthor
s. Syun'ani, Subulus Salam
t. TM Hasbi Siddiqiey, Hukum Fiqh Islam (11 Jilid)
Allahu a'alam