SJ - 3020: [Z] Mandi Jumaat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3020: [Z] Mandi Jumaat

Assalamualaikum...

Ada dua soalan,

1. Saya ada jumpa hadis dalam Sahih Bukhari yg mengatakan yg mandi pada hari Jumaat adalah wajib pada orang dewasa. Boleh tolong komen tak sebab yang saya belajar, mandi pada hari Jumaat tu sunat.

2. Ada orang kata, bersetubuh pada malam Jumaat ni fadhilatnya 1000 ekor kibash, ni sahih ke?
wallah'alam. jazakallah khair

Re: Mandi Jumaat

:salam

Q1. Bab: þÇáÛÓá íæã ÇáÌãÚÉ (Mandi Pada Hari Jumaat)

þ þ þÚä þ þÃÈí ÓÚíÏ ÇáÎÏÑí þ Ãä ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÞÇá þ þÇáÛÓá íæã ÇáÌãÚÉ æÇÌÈ Úáì ßá ãÍÊáã
þ þ
Dari Abu Said Al-Khudriy r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Mandi pada hari Jumaat itu adalah wajib atas setiap orang yang sudah baligh." (Sahih Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan wajib di sini ialah sunat yang digalakkan. Ini bersandarkan kepada sabda Nabi dalam sahih Bukhari mengenai peristiawa dari Ibn Umar mengenai bapanya. Suatu hari, Umar ibn Al-Khattab sedang berdiri dan menyampaikan khutbah apabila Uthman, salah seorang daripada muhajirin dan ansar, masuk. Umar berkata kpd beliau, “waktu apakah sekarang ini?” Dia menjawab, “Aku sangat sibuk dan tidak sempat pulang ke rumah. Apabila aku mendengar panggilan azan, aku tidak melakukan selain daripada berwudhu’ seperti biasa.” Umar berkata, “dengan berwudhu’ sahaja, apakah kamu tahu bahawa Rasulullah S.A.W telah mengarahkan kami mandi.?” Imam As-Syafie telah berkata mengenai perkara ini, “Uthman tidak meninggalkan solat utk mandi dan Umar pula tidak mengarahkan dia berbuat demikian. Ini menggambarkan bahawa para sahabat R.A tahu bahawa suruhan itu adalah satu pilihan. Ia juga menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah disukai.”

þÚä þ þÚÇÆÔÉ þ þÃäåÇ ÞÇáÊ þ
þßÇä ÇáäÇÓ þ þíäÊÇÈæä þ þÇáÌãÚÉ ãä ãäÇÒáåã ãä ÇáÚæÇáí ÝíÃÊæä Ýí ÇáÚÈÇÁ æíÕíÈåã ÇáÛÈÇÑ ÝÊÎÑÌ ãäåã ÇáÑíÍ ÝÃÊì ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÅäÓÇä ãäåã æåæ ÚäÏí ÝÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þáæ Ãäßã ÊØåÑÊã áíæãßã åÐÇ
-------------
Dari Aisyah r.a katanya: “Kaum Muslimin berduyun-duyun datang menghadiri sembahyang Jumaat dari rumah-rumah mereka di sekitar Madinah. Mereka datang memakai bau-bauan dan celak sehingga keluarlah bau harum dari tubuh mereka. Lalu beberapa orang di antara mereka datang kepada Rasulullah s.a.w yang sedang berada dekatku. Rasulullah s.a.w lalu bersabda: “Alangkah eloknya kalau kamu mandi untuk meneruskan hari kamu ini!.” (Sahih Muslim)

Ibn Hajar dlm kitabnya Al-talkhis, “Ini salah satu bukti yang kuat bahawa mandi pada hari jumaat adalah tidak wajib. Ini kerana orang yang tidak mandi, ia tidak akan membatalkan solatnya. Tetapi sekiranya orang lain terganggu kerana bau yang kurang menyenangkan dari pakaian dan badannya, maka mandi menjadi wajib. Dan orang yang tidak melakukannya akan mengurangi pahala solatnya."

Q2: Tidak benar dan tidak hadith yang sedemikian. Tanda2 hadith maudhu' ialah menceritakan kelebihan hari tertentu dgn fadhilat yang tidak munasabah (Al-Manaf Al-Munif, Ibn Qayyim)

Yang ada ialah seperti berikut:
þÚä þ þÃÈí åÑíÑÉ þ
þÃä ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÞÇá þ þãä ÇÛÊÓá íæã ÇáÌãÚÉ ÛÓá ÇáÌäÇÈÉ Ëã ÑÇÍ ÝßÃäãÇ ÞÑÈ ÈÏäÉ æãä þ þÑÇÍ þ þÝí ÇáÓÇÚÉ ÇáËÇäíÉ ÝßÃäãÇ ÞÑÈ ÈÞÑÉ æãä ÑÇÍ Ýí ÇáÓÇÚÉ ÇáËÇáËÉ ÝßÃäãÇ ÞÑÈ ßÈÔÇ ÃÞÑä æãä ÑÇÍ Ýí ÇáÓÇÚÉ ÇáÑÇÈÚÉ ÝßÃäãÇ ÞÑÈ ÏÌÇÌÉ æãä ÑÇÍ Ýí ÇáÓÇÚÉ ÇáÎÇãÓÉ ÝßÃäãÇ ÞÑÈ ÈíÖÉ ÝÅÐÇ ÎÑÌ ÇáÅãÇã ÍÖÑÊ ÇáãáÇÆßÉ íÓÊãÚæä ÇáÐßÑ þ

------------------
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibas. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir. Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid.” (Sahih Muslim)

:wassalam

Re: SJ - 3020: [Z] Mandi Jumaat

:wassalam
Tahqeeq

LULUS

Tambahan:
Madzhab ahli Hadis menetapkan ia adalah wajib berdasarkan zahir nas dan mereka tidak mentakweel akan maqosidnya. alMuhaddith AlAlbani (Bida' alJumu'ah) antara yg menetapkan hukum Wajibnya.

Jumhur menggunakan teknik Tajammu' (menghimpunkan semua nas) nas2 dalam tajuk ini dan melihat maqosyid dan fiqh alwaqe'nya (realiti).

Pendapat yg benar ialah: Pendapat Jumhur. Ini kerana waqe' (realiti) orang Arab ialah mereka tidak mandi setiap hari spt orang tropika, malah ada yg tidak mandi hingga seminggu. Terutama ketika winter (musim sejuk). Maka mandi seminggu sekali sempena Juma'at dgn hukum wajib itu adalah wajar.

Di Malaysia, orang mandi 2-3 kali sehari kerana humidity dan cuaca panas. Kemudian mereka solat terus dari pejabat dan kilang2 (tempat kerja) kerana Juma'at bukan weekend. Maka hukum wajib ini akan menyulitkan mereka. WA