SJ-11-0008: Hibah Harta

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0008: Hibah Harta

Assalamualaikum,

Baru-baru saya menjumpai iklan bcb trustee mengenai hibah harta.Bolehkah ustaz jelaskan tentang Konsep hibah harta?Apakah syarat-syaratnya?apakah perkaitan konsep ini dengan Faraid?

Wassalam.

SJ-11-0008: Hibah Harta

:salam

Pemberian secara umum disebut Hibah. Hibah secara khususnya merujuk kepada pemberian kepada seseorang tanpa balasanJika pemberian tersebut diberikan dengan niat mengeratkan silatur rahim atau persahabatan maka ia disebut hadiah. Jika pemberian bertujuan atau mengharapkan balasan Pahala dan keredhaan Allah ianya dipanggil sedeqah. Pemberian atau perlepasan hutang kepada seseorang dipanggil ibraa`. Pemberian yang di sandarkan atau dikaitkan atau diserahkam pemilikan sesudah mati maka disebut wasiat.

Hibah mengikut istilahnya ialah:

Pemberian harta milik seseorang kepada orang lain semasa hidup,tanpa adanya imbalan(balasan). (Rujuk Fiqh al-Sunnah Juz 14/169, al-Mughni al-Muhtaj, Juz 3/376)

Sekiranya seseorang itu memeberikan hartanya kepada orang lain untuk dimanfaatkan sahaja tanpa pemilikan,maka hal sedemikian disebut i`aarah(pinjaman).

Hukum hibah adalah sunat, ia merupakan satu kebajikan dan amalan yang baik sesuai dengan Firman Allah:

æ ÊÚÇæäæÇ Úáí ÇáÈÑ æ ÇáÊÞæí ( 2:ÇáãÇÆÏå)
"Bertolong-tolonganlah kamu di atas perkara kebaikan dan taqwa." (surah al-maidah: ayat 2)

Sabda Rasulullah s.a.w:

ÊåÇÏæÇ ÊÍÇÈæÇ ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí

"Saling memberi hadiahlah,nescaya kamu saling menyayangi." (riwayat Bukhari)

Rukun Hibah.

1. Orang yang memberi hibah.

2. Orang yang menerima hibah.

3. Benda yang dihibah.

4. Sighah.

Manakala faraidh:

Perkataan ÝÑÇÆÖ adalah jamak dari ÝÑíÖå .Dari segi bahasa mempunyai pengertian yang banyak; menentukan, memastikan, menurunkan, menerangkan, menghalalkan, mewajibkan dan lain-lain lagi. (Rujuk Lisan al-Arab 5:3387 dan al-Mufradat Fi Ghara'ib al-Quran 376)

Pada Istilahnya: Faraid adalah bahagian-bahagian yang telah ditetapkan oleh syara` bagi ahli waris.

Sebagai satu bidang ilmu, faraid merupakan ilmu mengenai cara pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal dunia kepada orang-orang yang berhak menerimanya. (al-Mughni al-Muhtaj)

Dijawab oleh: Tytsezh
Diedit oleh: Ziy@d