Fathul Bari Kata: Harga Barang Ketetapan Allah.. Apa Komen Syeikh al-Qaradhawi

UFB

Oleh zain-ys

Berikut ini saya terjemahkan tulisan Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi mengenai Tala'ub Bil As'ar atau Mempermainkan Harga petikan dari buku beliau yang terkenal iaitu al-Halal Wal Haram Fil Islam. Ringkasan dari terjemahan itu adalah seperti berikut:

1. Islam beri kebebasan turun naik harga pasaran. Penetapan harga adalah dilarang.

2. Namun apabila berlaku campur tangan unsur luaran dalam penentuan harga pasaran, maka dibenarkan menetapkan harga.

3. Soal: Apa makna hadis: "Sesungguhnya Allahlah Yang menentukan harga.."? 

Jawab: Bila perjalanan turun naik harga berlaku secara semula jadi dengan tawaran dan permintaan, maka ketika itu biarkan Allah yang menentukan turun naik harganya. Namun bila di sana berlaku campur tangan luar yang tak sihat yang menentukan harga seperti berlaku sorok barang atau sebagainya, maka penetapan harga perlu dilakukan untuk mengelakkan penzaliman.

 


Tajuk: Tala'ub Bil As'ar / Mempermainkan Harga

Terjemahan: zain-ys

Artikel asal: qaradawi.net

- عن كتاب "الحلال والحرام في الإسلام" للشيخ القرضاوي.

الإسلام يحب أن يطلق الحرية للسوق، ويتركها للقوانين الطبيعية تؤدي فيها دورها، وفقا للعرض والطلب. ومن أجل ذلك نرى أن الرسول صلى الله عليه وسلم حين غلا السعر في عهده، فقالوا: يا رسول الله سعر لنا. قال: "إن الله هو المسعر القابض الباسط الرازق وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم ولا مال".

Kitab Halal Haram Fil IslamIslam memberi kebebasan ke atas harga pasaran. Dan Islam membiarkan agar tabiat semula jadi turun naik harga memainkan peranannya. Iaitulah berdasarkan kehendak tawaran dan permintaan.

Atas dasar inilah kita dapat melihat Rasulullah s.a.w. ketika harga barang naik pada zamannya, orang-orang berkata;

"Wahai Rasulullah, harga barang telah melonjak naik, maka tetapkanlah harga untuk kami!"

Maka Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allahlah yang menentukan harga, Yang menggenggam dan Yang menghamparkan, dan Pemberi rezeki. Dan sungguh aku berharap berjumpa dengan Allah sementara tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku karena suatu kezaliman dalam hal darah, dan harta." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Abu Ya'la | Terjemahan dari Abu Daud)

 

ونبي الإسلام يعلن بهذا الحديث أن التدخل في حرية الأفراد بدون ضرورة مظلمة يجب أن يلقى الله بريئا من تبعتها.

Nabi s.a.w. dalam Hadis ini menegaskan bahawa mencampuri urusan kebebasan individu tanpa ada keperluan adalah satu tindakan zalim, di mana Baginda s.a.w. mahu menemui Allah nanti dalam keadaan bebas dari tindakan zalim berkenaan.

 

ولكن إذا تدخلت في السوق عوامل غير طبيعية كاحتكار بعض التجار وتلاعبهم بالأسعار فمصلحة المجموع هنا مقدمة على حرية الأفراد، فيباح التسعير استجابة لضرورة المجتمع أو حاجته، ووقاية له من المستغلين الجشعين، معاملة لهم بنقيض مقصودهم كما تقرر القواعد والأصول.

Dan, namun apabila ada campur tangan dalam pasaran yang membuatkannya menjadi tidak normal, seperti berlaku sorok barang oleh sebahagian peniaga atau mempermainkan harga pasaran, maka ketika itu kepentingan umum perlu didahulukan atas kebebasan individu. Ketika ini dibenarkan menentukan harga sebagai memenuhi keperluan masyarakat umum. Juga untuk memelihara mereka dari penindas yang tamak dengan cara melakukan sesuatu yang bertentangan dengan maksud dan tujuan mereka sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kaedah dan usul.

 

فليس معنى الحديث السابق حظر كل تسعير، ولو كان من ورائه رفع ضرر أو منع ظلم فاحش، بل قرر المحققون من العلماء أن التسعير منه ما هو ظلم محرم، ومنه ما هو عدل جائز.

Bukanlah hadis yang lalu itu bermaksud mengharamkan secara mutlak penetapan harga sekalipun ia bertujuan untuk menolak mara bahaya atau bermaksud menghalang kezaliman yang keji. Malah, para pakar dari kalangan ulama menetapkan bahawa penetapan harga itu ada yang bentuknya zalim yang diharamkan dan ada yang berbentuk adil yang dibenarkan.

 

فإذا تضمن ظلم الناس وإكراههم بغير حق على البيع بثمن لا يرضونه، أو منعهم مما أباح الله لهم، فهو حرام.

Haram hukumnya, apabila penetapan harga itu mengandungi unsur penzaliman terhadap sesama manusia dan memaksa mereka tanpa hak untuk membeli sesuatu dengan harga yang tidak direlainya, atau menghalang mereka dari sesuatu yang telah Allah halalkan.

 

وإذا تضمن العدل بين الناس، مثل إكراههم على ما يجب عليهم من المعاوضة بثمن المثل، ومنعهم مما يحرم عليهم من أخذ الزيادة على عوض المثل، فهو جائز، بل واجب.

Apabila penetapan harga itu mengandungi unsur keadilan sesama manusia, seperti memaksa mereka dengan harga semasa yang sepatutnya dan menghalang mereka dari menaikkan harga dari harga pasaran sepatutnya, maka penetapan harga begini adalah dibenarkan. Bahkan wajib hukumnya.

 

وفي القسم الأول جاء الحديث المذكور. فإذا كان الناس يبيعون سلعهم على الوجه المعروف من غير ظلم منهم، وقد ارتفع السعر، إما لقلة الشيء أو لكثرة الخلق (إشارة إلى قانون العرض والطلب) فهذا إلى الله، فإلزام الناس أن يبيعوا بقيمة بعينها إكراه بغير حق.

Pada bahagian pertama, dalam Hadis yang tersebut menyatakan, apabila orang ramai menjual barangannya dengan baik tanpa menzalimi sesiapa, adakalanya harga naik, mungkin kerana kurangnya barangan atau kerana banyaknya permintaan (sesuai dengan kehendak penawaran dan permintaan), maka ini terserah Allah (turun naik harganya). Ketika ini memaksa orang ramai untuk menjual dengan harga yang telah ditetapkan adalah satu bentuk paksaan tanpa hak.

 

أما الثاني فمثل أن يمتنع أرباب السلع من بيعها -مع ضرورة الناس إليها- إلا بزيادة على القيمة المعروفة، فهنا يجب عليهم بيعها بقيمة المثل، ولا معنى للتسعير إلا إلزامهم بقيمة المثل، والتسعير هنا إلزام بالعدل الذي ألزمهم الله به.

Manakala pada bahagian kedua, contohnya, penjual enggan menjual barangannya melainkan dengan harga lebih mahal dari harga yang biasa, sedangkan ia adalah barang keperluan orang ramai. Maka di sini wajib bagi penjual menjual dengan harga pasaran yang sepatutnya, dan penetapan harga ialah bermaksud mewajibkan mereka dengan harga semasa. Dan ia adalah untuk berbuat adil sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.

 [[{"fid":"1052","view_mode":"media_original","fields":{"format":"media_original","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Syeikh al-Qaradhawi Halal Haram Fil Islam","field_file_image_title_text[und][0][value]":"Syeikh al-Qaradhawi Halal Haram Fil Islam"},"type":"media","attributes":{}}]]