:salam
Adakah masih menjadi sunat untuk orang yang terlewat mengerjakan solat fardhu (misalnya sudah di hujung waktu) untuk mengerjakan solat sunat qabliyah? Contohnya jika terjaga lambat sekitar 6.50 pagi, syuruk pukul 7 pagi, patutkah solat sunat subuh dulu jika merasakan sempat untuk melakukan kedua-dua solat itu sebelum tamat waktu?
terima kasih......
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 3184 : [G] Solat Qabliyah lewat
Primary tabs
Sun, 21/12/2003 - 8:00pm
#1
SJ - 3184 : [G] Solat Qabliyah lewat
:salam
Sblm saya menjawab soalan ini, lebih baik kiranya sdr meneliti dahulu artikel mengenai keafdhalan solat di awal waktu: Hukum Menghitamkan Uban & Dalil Keafdhalan Solat di awal waktu.
Perlu juga saya nyatakan di sini, solat itu adalah tunai(bukan qadha') selagi dia sempat melakukan 1 rakaat dalam waktunya. Ini berdasarkan dalil berikut:
Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yg mendapat satu rakaat drpd solat, maka sesungguhnya dia telah mendapat solat tersebut."[HR Bukhari dan Muslim]
Adapun jika berdepan dgn situasi kesuntukan masa solat, maka sudah pasti yg sunat itu ditinggalkan dan solat fardhu itu didahulukan. Jika yakin masih ada waktu untuk keduanya tanpa berkejaran, maka hukum sunat solat qabliyyah itu tidak gugur.
Walaupun begitu, sekiranya kita tidak sempat utk melakukan solat sunat fajar misalnya, maka kita dibolehkan utk mengqadha'kan solat sunat fajar setelah melakukan solat subuh. Demikianlah pendapat sebhgn ulama' termasuk mazhab Syafi'i. Dalilnya:
Qais berkata, "(Bila)Rasulullah saw keluar, amka diqamatkan sembahyang. Maka saya pun bersembahyang subuh bersama baginda. Kemudian Nabi saw berpaling dan mendapati saya hendak bersolat. Baginda bersabda, "Nati, wajai Qais, adakah engkau hendak sembahyang dua solat serentak(yg sama sesudah subuh)?" Qais menjawab, "Wahai Rasulullah, sungguhnya saya belum solat 2 rakaat fajar." Maka sabda baginda, "Kalau begitu, tidaklah mengapa."[HR Tirmidzi]
Dari Abu Hurairah ra katanya, "Siapa belum bersolat suant fajar, maka hendaklah dia bersolat sesudah terbit matahari."[HR Tirmidzi]
Solat sunat qabliyyah zuhr juga dibolehkan diqadha' berdasarkan hadis2 yg diriwayatkan oleh Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Abu Daud.
Sekian. WA.
:wassalam
RUJUKAN
Fiqhus sunnah
Sayyid Sabiq
Intisari Bahrul Madzi
Muhd Isris al-Marbawi
diintisarikan oleh Abdullah Qari
Fiqhul Manhaji 'ala Mazhabil Imam asy-Syafi'i
[Kitab Fiqh Mazhab Syafi'i]
Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat. Keutamaan melakukan solat wajib ialah pada awal waktunya. Begitu juga apabila melakukan solat, kita tidak seharusnya tergesa-gesa kerana ia akan menghilangkan kesempurnaan solat (dari segi kekhusyukkan dan toma'ninah). Di dalam kes sdr mukminin, eloklah dilakukan solat subuh dengan segera kerana waktu solat sudah hampir luput. Sabda Nabi saw :-
Solat sunat qabliyyah sebenarnya boleh di Qado'. Terdapat banyak hadith-hadith yang membenarkan Solat Qabliyyah dilakukan selepas solat fardunya walaupun diwaktu yang diharamkan bersolat. Dr Wahbah Zuhaily didalam bukunya Al-Fiqh Al-Islami mengkategorikan solat ini sebagai Solat Sunat yang mempunyai sebab-sebab terdahulu dan dibenarkan solat-solat ini dilakukan diwaktu luputnya solat kerana sifat solat itu ialah 'ikut serta'(muqaarin) seperti Solat jenazah, solat gerhana matahari, solat istisqa' (minta hujan) dan 2 rakaat Subuh.
Perbincangan mengenai Qado' dan bersolat diwaktu yang diharamkan bersolat boleh dilihat melalui LINK dibawah :-
1. SJ - 2795 : Solat jemaah atau solat sunat subuh
2. SJ - 2801 : Solat Jamaah atau solat sunat subuh 2
3. SJ - 2964 : Waktu yang di haramkan solat
Wallahu'alam.
Sekian, wassalam
خيرالأمين