SJ - 3232: [G] Makanan haram yang sedikit

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3232: [G] Makanan haram yang sedikit

:salam

Adakah benar pendapat yang mengatakan tidak mengapa jika sedikit sahaja makanan haram (seperti alkohol) tercampur dengan makanan? Saya bertanya kerana saya berkongsi dapur dengan orang bukan Islam dan kadang-kadang makanan saya terkena sedikit bekas makanan mereka seperti di atas meja dan dalam peti sejuk.

Re: Makanan haram yang sedikit

:salam

Dalam permasalahan ini kita kembali kpd kaedah fiqh yg masyhur iaitu: 'Apabila bercampur yg halal dan haram, maka dimenangkan yg haram.' Maka secara umumnya, jika bercampur sedikit alkohol ke dalam minuman atau makanan, maka hukumnya haram. Ttp, perlu juga kita melihat, apakah alkohol itu. Krn alkohol merupakan bahan kimia yg mana di dalamnya mengandungi molekul -OH. Sedangkan alkohol yg diharamkan adalah alkohol arak. Sekiranya alkohol yg dimaksudkan oleh sdr itu adalah arak, maka hukumnya haram.

Walaupun begitu, sekiranya yg dimaksudkan sdr hanyalah sekadar sentuhan antara bekas, maka disitu tiada kepastian secara jelas. Maka kaedah ini tidak meliputi kes sentuhan ini. krn salah satu pengecualian drpd kaedah di atas adalah harusnya berijtihad terhadap bekas yg kesamaran di antara yg najis dan suci. Saya mengatakan ia termasuk dalam umum al-balwa, apatah lagi jika sdr berada di luar negara.

Namun begitu, nasihat saya, utk mengelakkan was2 yg mungkin mengganggu sdr, balutlah bekas makanan sdr dgn plastik/kitchen foil etc sblm menyimpan makanan sdr di tpt yg mungkin mengandungi sesuatu yg haram. WA.

:wassalam

ashbabu wa al-nadhair fi qawa'id al-fiqhiyyah
Imam Jalaluddin abdul rahman as-suyuti
diterjemahkan oleh: HJ Mardhia Mukhtar

Perbahasan Kaedah2 Fiqh
ust ab. Latif b. Muda
Ustazah Rosmawati

Re: SJ - 3237: [G] Makanan haram yang sedikit

:wassalam
Jawapan telah ditas-hihkan