SJ-13-0063: Fiqih Gabungan dan Fiqih Hadis tulin.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0063: Fiqih Gabungan dan Fiqih Hadis tulin.

:salam

Bolehkah ustaz terangkan tentang Fiqih Gabungan dan Fiqih Hadis tulin? Dan sebagai muslim dan pelajar mana satukah harus kita gunakan supaya dpt mejauhi khilafiah. Dan boleh kah kita terima pendapat khalaf?

Re: Fiqih Gabungan dan Fiqih Hadis tulin.

Bolehkah ustaz terangkan tentang Fiqih Gabungan dan Fiqih Hadis tulin? Dan sebagai muslim dan pelajar mana satukah harus kita gunakan supaya dpt mejauhi khilafiah. Dan boleh kah kita terima pendapat khalaf?

:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Feqh muqaran atau feqh perbandingan sudah berkembang pesat. Rata-rata pusat pengajian tinggi ada mengajarkan matapelajaran ini. Cuma dari segi praktiknya, pelajar-pelajar tamatan universiti2 berkenaan tidaklah menggunakan atau mengembangkannya, kecuali untuk peribadi atau dalam masalah-masalah tertentu sahaja. Namun, bila dilihat dari sudut lain, ia terus berkembang, dapat diterima dan diamalkan tanpa disedari oleh kita. Terutama dalam permasalahan2 yg berkaitan dengan hal-hal bukan ibadah tulin, spt muamalah dan munakahat. Satu masa nanti, kita yakin ia akan terus berkembang ke dalam hal-hal ibadah tulin pula.

Penyebaran cara bertahap begini lebih dapat diterima dan akan lebih kekal berbanding dengan penyebaran secara langsung. Tambahan penyebaran secara kasar dan keras.

Sebagai muslim awam, muftinya adalah mazhabnya. Mereka tidak ada kemampuan utk melakukan penelitian dan kajian tentang satu-satu masalah. Dari sudut dalil dan wajah dilalahnya. Di samping itu mereka hendaklah mempertingkatkan pengetahuan dari masa ke semasa. Akan berlaku mara bahaya yang cukup besar seandainya mereka memandai2 utk membuat rumusan dari masalah-masalah yg mereka sendiri tidak mahir dan tidak mengerti. Perkara ini adalah standard bagi mana-mana ilmu.

Sebagai muslim pelajar, sebaik-baiknya tumpukan pada pelajaran dan mengkaji pelbagai mazhab feqh di dalam Islam tanpa taksub dan condong kpd mana2 mazhab. Selain dari itu, perkara yang amat penting bagi pelajar ialah memahirkan diri dalam selok-belok ilmu Usul Feqh. Kerana ia adalah satu-satunya ilmu yang dapat memberi pengetahuan tentang cara-cara menggali hukum-hakam dari sumber-sumber Islam. Mudahnya, usul feqh adalah ilmu yang menerangkan segala selok-belok pembinaan hukum-hakam di dalam Islam.

Oleh itu, adalah suatu yang pelik dan janggal jika seseoarang itu dikatakan sebagai alim dalam ilmu feqh tetapi tidak mahir dalam Usul Feqh.

Jangan lupa juga dengan kajian terhadap feqhus sunnah. Iaitu kitab-kitab hadis yang khusus membicarakan ttg hukum-hakam feqh seperti subulus salam ataupun nailul authar. Juga feqhul kitab, iaitu kitab-kitab tafsir yang menumpukan kepada tafsiran hukum-hakam spt tafsir al-jashas dan al-Qurthubi.

Sebagai seorang muslim yang ada alat dan kemahiran mengkaji dalil-dalil syarak, maka mereka tidaklah boleh merasa selesa dengan terus menerus bertaqlid. Mereka hendaklah seboleh2nya cuba untuk membuat penelitian dalil satu-satu permasalahan. Mana yang didapati kuat dalilnya, maka itulah yang perlu diamalkan.

-----------------
Ini adalah garis panduan umum dari persoalan di atas. Secara terperincinya, kita telah banyak bahaskan dalam artikel yang berasingan. Sila buat carian di dalam arkib.

Sekian, semoga bermanfaat/

:wassalam

zain y.s