SJ-05-0096 : mengganggukah solat di tepi majlis ilmu?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0096 : mengganggukah solat di tepi majlis ilmu?

Assalamualaikum..
Saya mintak maaf dahulu sebab pernah mengajukan soalan sama sebelum ini, namun, saya harap kali ini penjelasannya lebih jelas. Penjelasan yang dahulu, lebih kepada preventive measure, yg mana saya amat2 stuju dgn konsep ini dlm menjawab soalan al-ahkam, tapi kadangkala saya mungkin berhadapan dgn org2 yg hendak tahu secara spesifiknya (haram ke, makruh ke, sunat ke) satu2 masalah tersebut.

Apakah dikira mengganggu jika satu- satu majlis ilmu itu diadakan pada waktu masih ada orang yang sedang solat (masbuk) ?
Bagaimana jikalau surau itu tidaklah sebesar mana, yang mana jikalau ada yang masbuk, akan masbuk pada waktu majlis ilmu dijadualkan berlangsung?
Bagaimana halnya pula dengan penggunaan mikrofon yang boleh didengar di bahagian solat yang lain, selain ruang utama di mana majlis ilmu sedang diadakan?

Terkadang saya dapati ada orang yang sedang masbuk, tetapi penceramah bercakap begitu kuat. Bahkan, kadang- kadang memberi komen terhadap yang sedang masbuk itu!

Dan tak kurang juga yang datang masbuk, atau touch seseorang utk dijadikan imam, padahal majlis ilmu akan berlangsung sekejap sahaja lagi.

Patut atau tidak si penceramah meneruskan majlisnya, jikalau didapati ada makmum ,yang kurang faham utk pergi solat di tempat lain, yang memulakan solatnya berhampiran?

Harap penjelasan ustaz. Terima kasih.

Wassalam.

SJ-05-0096 : mengganggukah solat di tepi majlis ilmu?

:wassalam

Hak sebenarnya adalah milik jumhur (mereka yg datang solat tepat pada masanya) dan ingin kuliah agama bermula mengikut jadual waktu yg dirancang. Adapun mereka yang masbuk itu adalah gangguan (kpd orang lain) dan juga spt mana budaya lewat datang kerja dan lewat hadihir mesyuarat di pejabat juga merupakan budaya yang buruk dan tercela.

Maka jika majlis itu meneruskan kuliah mengikut jadual tanpa menghiraukan orang yang masbuk adalah dikira wajar dan teguran penceramah kepada si masbuk juga adalah patut kerana ia adalah budaya yang buruk dan penyakit ummah yang perlu dikikis. Jika orang Jepun dan Barat yang tidak Islam pun boleh menepati masa, maka apatah lagi umat Islam yang selalu membaca surah wal-Asyri.

Imam Malik tidak menganggap majlis ilmu ini suatu gangguan kepada kesucian mesjid. (syaikh ali alQahthani, Solatul Mu'min, Dar alWathan, Riyadh)

sekian