SJ-03-0004 : Hukum percikan air kencing yang tidak kelihatan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0004 : Hukum percikan air kencing yang tidak kelihatan

Assalamualaikum..

Ada sesetengah orang yang mengambil langkah berjaga- jaga dengan mengenakan pakaian yang berbeza (cth: kain khas utk ke tandas) kerana ketelitian mereka dalam memastikan pakaian utk solat kelak benar- benar tiada percikan air kencing.

1) Apabila kita memasuki tandas, sejauh manakah perlu saya prihatin dengan percikan air kencing yang tidak kelihatan? Saya ada terbaca yang ianya dimaafkan, tetapi setahap mana?

2) Katakanlah, saya terasa ada air kencing terpercik ke lengan saya dan nampak pula kesannya. Apakah betul jika saya mengandaikan, "Jika lengan pun sudah terkena, pasti bahagian yang lebih bawah daripada lengan akan terkena." ?

3) Lantas, perlukah saya membasuh keseluruh bahagian yang diwaswaskan itu?

4) Saya seolah- olah tersepit antara 2 pihak : satu pihak semacam mengambil mudah sahaja percikan air kencing dan kesucian pakaian utk solat kemudiannya (kencing berdiri, tidak menjaga hujung pakaian ketika masuk ke tandas, "tak apa kalau tak nampak",etcetc), manakala satu pihak lagi begitu teliti dalam perkara ini (mempunyai kain khas ke tandas, membasuh seluruh bahagian yang diwas- waskan, etcetc).

Daripada kitab- kitab yang dirujuk, dan soaljawab, banyak yang lebih berbentuk umum, oleh itu, memberi sedikit kesukaran kepada saya.

Harap tunjuk ajar ustaz.
Jazakllah, wassalam.

SJ-03-0004 : Hukum percikan air kencing yang tidak kelihatan

:salam

Kembali kpd prinsip asal, yakni "Keyakinan tidak dapat dihilangkan dgn syak." (Asbah Wan NAzair, As-Suyuti)

Kita tgk fatwa Ibn Utsaimeen:


ÞÇá ÇáÔíÎ ÇÈä ÚËíãíä : ÇáÅäÓÇä ÈãáÇÈÓå ÇáÃÕá Ýíå Ãä íßæä ØÇåÑÇð ãÇ áã íÊíÞä æÑæÏ ÇáäÌÇÓÉ Úáì ÈÏäå Ãæ ËíÇÈå æåÐÇ ÇáÃÕá íÔåÏ áå Þæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ííä Ôßì Åáíå ÇáÑÌá Ãäå íÌÏ ÇáÔíÁ Ýí ÕáÇÊå Ü íÚäí ÇáÍÏË Ü ÝÞÇá : " áÇ íäÕÑÝ ÍÊì íÓãÚ ÕæÊÇð Ãæ íÌÏ ÑíÍÇð "

ÝÅÐÇ ßÇä ÇáÔÎÕ áÇ íÌÒã ÈåÐÇ ÇáÃãÑ ÝÇáÃÕá ÇáØåÇÑÉ ¡ æÞÏ íÛáÈ Úáì ÇáÙä ÊáæË ÇáËíÇÈ ÈÇáäÌÇÓÉ æáßä ãÇ ÏÇã ÇáÔÎÕ áã íÊíÞä ÝÇáÃÕá ÈÞÇÁ ÇáØåÇÑÉ .

ÝÊÇæì ÇÈä ÚËíãíä 11/107


---------------
Syeikh Ibn Utsaimeen berkata: “ berkenaan dgn pakaian seseorang itu, berbalik kpd prinsip asal yakni pakaian itu adalah bersih selama mana ia yakin bahawa tidak ada najis yg terkena kpd badan atau pakaiannya. Ini disandarkan kpd dalil di mana Nabi S.A.W bersabda kpd seorang lelaki di mana dia telah mengadu kpd Baginda S.A.W bahawa telah terjadi sesuatu kpdnya ketika solat – i.e: Dia merasakan wudhunya telah terbatal. Baginda S.A.W bersabda kpdnya: “Jgnlah kamu berhenti solat kecuali kamu terdengar atau bau kentut.” Jadi, sekiranya ia tidak pasti tentangnya, maka kembali kpd perkara asal bahawa ia adalah taahir (suci). Seseorang itu mungkin ia terasa pakaiannya telah dicemari dgn najaasah tetapi selama mana ia tidak tidak yakin, maka ia kembali kpd asalnya iaitu taahir (suci).

Fataawa Ibn ‘Utsaimeen, 11/107

1. Umum Al-Balwa dibenarkan sekiranya ia tidak dapat dielakkan atau menyusahkan. Namun demikian, ia tertakhluk kpd selama mana kejelasan najis itu.

2. Kalau sudah terkena lengan dan terdapat tanda2 jelas, maka batallah wudhu' tanpa sebarang syak lagi. Yg menjadi persoalan, timbulnya syak dan bukannya yakin samada terkena atau tidak kpd pakaian.

3. Perlu dibasuh sekiranya terdapat tanda2 yg jelas.

4. Agama memberi rukhsah perkara ini. dan Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Basuhlah sekiranya dapat tanda2 jelas. Sekiranya was2 antara ada dan tiada, maka ia kembali kpd asalnya, iaitu bersih.