SJ-1652: Lendir Dan Kentut Dalam Sembahyang serta was-was

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1652: Lendir Dan Kentut Dalam Sembahyang serta was-was

Assalamua'laikom,

1. Saya mengalami masalah resdung dimana seringkali lendir mengalir ke anak tekak melalui rongga hidung. Oleh itu bila setiap kali saya solat saya terpaksa berhenti seketika untuk meludah lendir tersebut ke sapu tangan. Ini menjadikan setiap kali saya solat saya telah melakukan pergerakkan di samping peluang untuk mendapatkan khusyuk solat tiada langsung. Apakah solat yang saya lakukan itu sah? tidak sah? atau makruh?.

2. Saya sering mengalami masalah kentut terutama ketika hendak menyiapkan diri untuk solat. Ini menyebabkan setiap kali nak solat saya kena ke tandas samada untuk memastikan kentut keluar atau memaksa buang air besar bagi memastikan rasa nak terkentut hilang. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil masa yang lama sebelum mendirikan solat dan Menyebabkan setiap kali waktu solat saya rasa phobia. kerana saya tak seperti orang lain yang mudah saja untuk mendirikan solat tanpa perlu berulangkali ke tandas.

3. Adakala ketika solat saya rasa macam saya terkentut ini disebabkan rasa nak terkentut tadi hilang tetapi saya tak dapat pastikan sebab tak der rasa angin keluar. Oleh itu bagaimana saya nak pastikan bahawa saya benar2 terkentut?

4. Saya mengalami masalah was-was yang teruk dalam segala hal dari segi kebersihan sampailah kepada hal2 solat dan makanan. Contoh:- kalau saya pergi tandas dan saya rasa macam ada setitik air mercik ke kulit kaki saya maka serta merta saya akan rasakan seluar saya juga terkena percikan tersebut. begitu juga bila saya buang air besar selesai membasuhnya saya akan mencium jari tangan saya berkali2 bagi memastikan tiada bau.

5. Perlukah kita membawa sabun setiap kali ke tandas awam bagi memastikan bau tahi ilang? katakan jika kita buang air besar dan ada sedikit bau yg tak ilang dari jari kita walaupun sudah dibasuh berkali2 hanya kerana tiada sabun di tandas tersebut bagaimana pula kita nak memakai seluar takut dzat bau tadi berjangkit ke seluar?

musafir (not verified)
Re: Lendir Dan Kentut Dalam Sembahyang serta was-was

Assalamualaikum...

Saya juga mempunyai beberapa masalah yang sama dengan saudara hati batu.

Harap dapat jawapan bagi persoalan ini.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1652: Lendir Dan Kentut Dalam Sembahyang serta was-wa

Jawab:

1. Pergerakan anda dalam memindahkan lendir resdung itu tidak termasuk pergerakan yg membatalkan solat. Maksud pergerakan yg membatalkan solat ialah pergerakan yg sengaja dan neraca banyaknya pergerakan itu merujuk pada adat (uruf) Fatwa anNawawi, alMajmu' 4/26 cetakan Kaherah)
Status solat anda adalah sah dan segerakan merawati penyakit resdung (sinus) kerana ia suatu penyakit yg merbahaya (P/S: air sinus atau lendir itu tidak najis).
2. Kentut yg banyak disebabkan angin dalam badan disebabkan selalunya sistem penghadaman yg tidak cerna dgn sempurna atau anda mengambil makanan yg berangin spt kekacang. Cara mengelakkan was-was akibat kentut ialah berwudhu' dan solat dengan segera dan tetap yakin hingga anda dengar bunyi atau bau sahaja. maka ketika itu anda dikehendaki berwudhu' (bila dengar bunyi atau bau) Fiqh Sunnah. P/S: rawatan sementara ialah mengambil serbuk ENO, pil senokot, makan makanan seimbang atau yg penting dapatkan nasihat doktor
3. Kentut yg sahih ialah berdasarkan dalil hadis: HR atTermidzi dari Abu Huraiara ra," tidak wajib wudhu' kecuali kerana kedengaran bunyi atau bau."
4. Perasaan was-was itu dari syaitan dan juga kekurangan ilmu agama (terutama fiqh). Budaya taklid madzhab tertentu atau hanya berpegang dengan satu guru sahaja menyebabkan anda merasakan agama ini suatu kesempitan. Iqra' (bacalah) dan belajarlah.
5. Air mutlak boleh menghilangkan apa jua najis. Tidak perlu membawa sabun kemana sahaja kita pergi kerana ini menyulitkan. Sedangkan Islam itu agama yg mudah. Allahu a'alam