SJ-08-0015 : Pitam / Pengsan Ketika Berpuasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0015 : Pitam / Pengsan Ketika Berpuasa

Assalamualikum......

Saya ada sedikit kemusykilan. Adakah batal puasa sekiranya pitam/pengsan (kira2 10-30 minit) ketika berpuasa

Wassalam.

Re: SJ-08-0015 : Pitam / Pengsan Ketika Berpuasa

wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr haizalutania dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Menurut Imam Syafie rh dan Imam Ahmad rh, berpuasa bagi seseorang yang Pitam, tidur berpanjangan, koma dsb mempunyai 2 scenario :

1. Tidak sedar diri dari sebelum fajar sehinggalah terbenam matahari. Puasa begini tidak sah. Ini disebabkan konsep puasa adalah menahan diri didalam keadaan sedar, dengan niat melakukannya, dan dilakukan kerana Allah swt. Sabda Nabi saw :

íóÊúÑõßõ ØóÚóÇãóåõ æóÔóÑóÇÈóåõ æóÔóåúæóÊóåõ ãöäú ÃóÌúáöí
"Meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya keranaKu" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #1894; Muslim #1151]

2. Dia terjaga disebahagian waktu, samada pada awal, pertengahan atau hujung waktu, maka puasanya SAH. Menurut al-Hafiz Imam al-Nawawi setelah meneliti kesemua pandangan, beliau berkata bahawa :-

æÃÕÍ ÇáÃÞæÇá : íÔÊÑØ ÇáÅÝÇÞÉ Ýí ÌÒÁò ãäå
"Pandangan yang benar mengenai perkara ini adalah dengan syarat dia bangkit pada sebahagian dari hari"

Alasannya adalah kerana seseorang yang bangkit pada siang hari puasa dapat akan menahan diri dari makan, minum dan syahwat didalam keadaan sedar.

Kesimpulan yang dapat kita ambil adalah, jika sseorang itu tidak sedarkan diri berpanjangan (dari sebelum fajar hingga terbenam matahari), maka puasanya batal dan dikehendaki mengqada' puasanya. Bagi seseorang yang sedarkan diri disebahagian harinya maka puasanya sah. Ini adalah pandangan Syafie dan Ahmad, dan juga disukai oleh Syeikh Utsaimin. (Lihat al-Majmu’, 6/346; al-Mughni, 4/344; al-Sharh al-Mumti’, 6/365). Bagi kes yang disebut diatas, disebabkan pengsannya hanya kira2 10-30 minit, maka puasanya masih sah. WA.

wassalam

خيرالأمين