:salam
Kematian ayahnada tercinta membongkar perihal beliau meninggalkan puasa kerana ...... (rahsia). Selepas ibu berjumpa dengan Kadi maka beliau dianggarkan RM 30,000 untuk membayar dam. Ade cara lain ke boleh ganti. Saya ambil 100 hari ke ? atau macam mana ? kemampuan untuk melangsaikan RM 30,000 tu memang diluar keupayaan setakat hari ini. TOLONG ....................
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-08-0020 : Dam ke atas Arwah kerana Tingalkan Puasa
Primary tabs
Sat, 12/03/2005 - 12:02pm
#1
SJ-08-0020 : Dam ke atas Arwah kerana Tingalkan Puasa
:wassalam
Komen:
Ada ke DAM Puasa ni? selalunya yg kita dengar ialah Dam Haji aje?
Dalam madzhab Syafi'iy begitulah kalau si mati ada meninggalkan puasa, maka walinya hendaklah mengeluarkan Fidyah satu cupak makanan setiap hari bg puasa yg ditinggalkan. Satu cupak ialah 0.6 kg beras. Bagaimana pengiraan sampai RM 30, 000 tu?
Minta Tn Hj Kamin semak dalam kitab Fiqh Siyyam oleh Dr Qardhawi mengenai fidyah ini. Ana tidak ada kitab tsb.
[Kebanyakan para muhaqqiqin spt Ibn Qayyim dan Prof Hasbi dari Indonesia tidak membolehkan fidyah ini kerana tidak ada nas yg menjadi dalil]
:aklam
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah.
Terima Kasih syeikh thtl. Jumlah RM30,000 fidyah itu kemungkinan diperolehi dari gandaan terhadap fidyah apabila tidak dapat menghabiskan qada' puasa dan bulan puasa yang berikutnya telah tiba. Sesungguhnya tiada dalil atau nas yang menunjukkan bahawa fidyah ini boleh berganda.
Pandangan dari al-Lajnah al-Daaimah boleh dirujuk dilink yang berikut :-
SJ-08-0016 : Berkaitan fidyah
URL : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=27944
Bagi mereka yang berpegang kepada Mazhab Syafie, bolehlah si-pewaris melakukan fidyah tersebut bagi pihak si-mati, tanpa gandaan fidyah dengan menggunakan harta si-mati, kerana Mazhab Syafie hanya membenarkan ibadat2 badaniyah (eg: Solat, Puasa dan Haji) dilakukan oleh orang itu sendiri.
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi membeza hari2 yang harus diqada'. Jika seseorang itu mati semasa ianya sakit atau didalam permusafiran, tidak ada qada' keatasnya, (dengan alasan) kerana tidak menjumpai hari lain yang boleh dilakukan qada'. Akan tetapi apabila seseorang itu sembuh atau perjalanan sudah tamat, maka ia harus mengqada' kadar bilangan hari yang dia sihat atau hari2 disempat menikmati tinggal dirumah.
Menurut beliau, HARUS qada' ini menunjukkan bahawa jika salah satu dari pada 2 perkara berikut dilakukan, maka tanggungannya telah lepas.
(a) Puasa di qada' oleh walinya atau pewarisnya, sebagaimana hadith marfu' dari 'Aisyah ra :-
Didalam riwayat al-Bazzar, terdapat penambahan (Åä ÔÇÁ) "Jika dia mahu". [dijalam Majma; al-Zawaaid, 3/179]. Maka ini jelas menunjukkan bahawa tidak wajib bagi wali melakukannya, dan dilakukan bagi tujuan kebaikkan si mati. Konsep ini disokong oleh hadith Ibn Abbas ra, dimana beliau berkata bahawa terdapat seseotang bertemu dengan Rasulullah :saw lalu bertanya :-
Menurut Syiekh al-Qaradawi :
(b) Memberi makan kepada orang miskin sebanyak hari yang si-mati tinggalkan. Berkata Syiekh al-Qaradawi :-
Begitulah dua kaedah yang dipaparkan oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. berkenaan dengan orang mati yang masih tertanggung puasanya. :aklam
wassalam
=============
Rujukan :
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, . Fiqh al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 76.
خيرالأمين