SJ-12-0068 : Berkaitan rukun nikah...kalau tak cukup satu..?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0068 : Berkaitan rukun nikah...kalau tak cukup satu..?

Saya nak tanya berkaitan rukun nikah.....

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Saksi
4. Wali
5. Akad

Andaikata...salah seorang pengantin, samada lelaki atau perempuan tidak dapat hadir semasa majlis...bolehkah majlis itu diteruskan tanpa kehadirannya? Ini mungkin disebabkan masalah tempat belajar (luar negara) dan kewangan, tetapi majlis mesti dijalankan kerana hukumnya sudah "wajib". Apa pandangan dan jawapan ustaz?

Re: Berkaitan rukun nikah...kalau tak cukup satu boleh terus

Jawab

Hukum mewakilkan dirinya dalam aqad perkahwinan:

Sah menurut empat madzhab (Fiqh Islami waAdillatuh), termasuk perutusan dgn surat (Fiqh Hanafi), manakala tiga madzhab lain hanya sah dgn wakil dan dua saksi sahaja. Surat tidak sah kerana ada unsur kinayah (sangkaan) (Ibn Abidin, Hasyiah : 3/12)

Sah menurut Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmoo' Fatawa Jld 32/ms 19) Juga sah menurut pengarang Fiqh Sunnah.
:aklam