SJ-09-0003 : Haji Qiran dan Tawaf ifadhah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0003 : Haji Qiran dan Tawaf ifadhah

Asalamualaikum!

Saya terbaca polemik di antara Ustaz Hashim Ghani dan dan Jawatankuasa
Syariah Perlis tentang 54 jemaah haji Perlis yang mengadakan Haji Qiran tanpa tawaf ifadah selepas wukuf di Arafah. Ustaz Hashim menyatakan yang haji mereka sempurna manakala Jawatankuasa Syariah Perlis menyatakan sebaliknya. Bagaimana pula pendapat ulamak-ulamak lain dalam masalah ini dan pendapat manakah yang lebih kuat? Kalau dimurahkan rezeki saya akan menunaikan haji tahun depan dan kalau haji qiran menjadi pilihan, harapan saya akan dapat menunaikan ibadat tersebut dengan yakin dan sempurna.

Sedikit sebanyak latarbelakang polemik tersebut boleh dilihat di sini http://www.lib.usm.my/Moro/GPI/bab7.html

Re: Haji Qiran dan Tawaf ifadhah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr silek dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah. Moga2 anda dimurahkan reski untuk mengerjakan haji pada tahun hadapan, dan moga2 Allah mengampunkan Allahyarham Ustaz Hashim Ghani yang merupakan pejuang manhaj salaf dikalangan orang2 Islam Malaysia, Amin.

Mengenai hukum melakukan tawaf ifaadhah kepada mereka yang sudah menunaikan tawaf qudum bagi Haji Qiran dan Haji Ifrad, jumhur ulama' termasuk Jawatan kuasa fatwa Arab Saudi, dan mufti2 Arab Saudi mengatakan hukumnya adalah wajib, kerana ia merupakan rukun Haji. Menurut salah seorang bekas Mufti Arfab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin rh, didalam satu Soal-Jawab Haji :-

ÇáÓÄÇá:
ÊÑßÊ ØæÇÝ ÇáÅÝÇÖÉ ¡ æßäÊ ÃÙä Ãä ÇáØæÇÝ ÇáÃæá íßÝí Úäå ¡ ÝãÇÐÇ íáÒãäí ¿.

ÇáÌæÇÈ:
ÇáÍãÏ ááå
ÞÇá ÇáÔíÎ ÇÈä ÚËíãíä :
ØæÇÝ ÇáÅÝÇÖÉ Ñßä ãä ÃÑßÇä ÇáÍÌ áÇ íÊã ÇáÍÌ ÅáÇ Èå ¡ ÝÅÐÇ ÊÑßå ÇáÅäÓÇä ÝÅä ÍÌøå áã íÊã ¡ áÇ ÈÏø Ãä íÃÊí Èå ÝíÑÌÚ æáæ ãä ÈáÏå ÝíØæÝ ØæÇÝ ÇáÅÝÇÖÉ ¡ æÝí åÐå ÇáÍÇá ãÇ ÏÇã áã íØÝ áÇ íÌæÒ Ãä íÓÊãÊÚ ÈÒæÌÊå ¡ áÃäå áã íÊÍáá ÇáÊÍáá ÇáËÇäí ¡ ÅÐ Åäå áÇ íÍá ÇáÊÍáá ÇáËÇäí ÅáÇ ÈÚÏ ØæÇÝ ÇáÅÝÇÖÉ æÇáÓÚí Åä ßÇä ãÊãÊÚÇð ¡ Ãæ ßÇä ÞÇÑäÇð Ãæ ãÝÑÏÇð æáã íßä ÓÚì ãÚ ØæÇÝ ÇáÞÏæã ÇåÜ .


"Soalan : Saya tidak melakukan tawaf al-Ifaadhah, kerana merasakan bahawa tawaf yang pertama adalah mencukupi. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan : Tawaf al-Ifaadhah merupakan salah satu dari rukun Haji, tanpanya tidak akan sempurna Haji seseorang. Maka jika seseorang itu meninggalkan tawaf al-Ifaadhah maka Hajinya tidak sempurna, ia mesti (tidak dapat tidak) melakukannya, dia harus kembali, walaupun dari negara asalnya, dan melakukan tawaf al-Ifaadhah, adalah tidak dibenarkan dia bermesra dengan isterinya, kerana sesungguhnya dia belum bertahlul thani, kerana seseorang tidak bertahlul thani melainkan selepas menunaikan tawaf ifaadhah dan Saie, jika ia melakukan Tamattu' atau Qiran dan dia tidak bersaie selepas menunaikan Tawaf al-Qudum" [Fataawa Arkaan al-Islam, ms. 541.
-----------

Bilakah waktu sesuai menunaikan Tawaf al-Ifaadhah? Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi (Fatwa bernombor : 13492) mengenai waktu tawaf al-Ifaadhah :-

íÈÏà ØæÇÝ ÇáÅÝÇÖÉ ÈÚÏ ãäÊÕÝ Çááíá ãä áíáÉ ÇáäÍÑ ááÖÚÝÉ æãä Ýí Íßãåã¡ æáíÓ áäåÇíÊå æÞÊ ãÍÏÏ¡ áßä ÇáÃæáì Ãä íÈÇÏÑ ÇáÍÇÌ ÈÇáØæÇÝ ááÅÝÇÖÉ ÞÏÑ ÇÓÊØÇÚÊå¡ ãÚ ãÑÇÚÇÉ ÇáÑÝÞ ÈäÝÓå¡ æÊÍíä ÇáÃæÞÇÊ ÇáÊí íßæä ÇáãØÇÝ ÝíåÇ ÎÝíÝÇð ãä ÇáÒÍÇ㺠ÍÊì áÇ íÄÐí æáÇ íÄÐì.
"Bermulanya waktu Tawaf al-Ifaadhah adalah selepas tengah malam hari Korban (al-nahar), bagi mereka yang lemah atau berkeadaan yang sedemikian, dan tidak ada waktu2 tertentu tamatnya tawaf, akan tetapi adalah lebih afdal jemaah haji melakukan seawal yang mungkin. Dia juga hendaklah memberi keadilan kepada dirinya dan memilih masa yang kurang padat/sesak di kawasan tawaf, agar dia tidak diganggu atau mengganggu orang lain." -[al-Lajnah al-Daa'imah, 11/227].

Cara melakukan Tawaf al-Ifaadhah adalah seperti berikut :-

Ëã íÝíÖ ãä íæãå Åáì ÇáÈíÊ ¡ ÝíØæÝ Èå ÓÈÚÇð ßãÇ ÊÞÏã Ýí ØæÇÝ ÇáÞÏæã ÅáÇ Ãäå áÇ íÖØÈÚ æáÇ íóÑúãõá .
"kemudian (selepas hari Raya) di pergi ke Baitullah dan melakukan Tawaf 7 pusingan, sebagaimana yang dilakukan pada Tawaf al-Qudum, melainkan dia tidak memakai ihram secara meletakkannya dibawah ketiak kanan, dan tidak juga melakukan lari2 anak didalam Tawaf ini" [Syiekh al-Albani, Manasik al-Haj wa al-Umrah, ms 20 - versi MsWord]

Walaubagaimana pun, bagi mereka yang mengerjakan Haji Qiran dan Haji Ifrad, Saie yang dikerjakan semasa tawaf Qudum dikira sebagai Saie Haji. Syiekh Nasyiruddin al-Albani rh menyambung :-

Ëã íóØøóæøóÝ æíÓÚì Èíä ÇáÕÝÇ æÇáãÑæÉ ßãÇ ÊÞÏã ÃíÖÇð ¡ ÎáÇÝÇð ááÞÇÑä æ ÇáãÝÑÏ ¡ ÝíßÝíåãÇ ÇáÓÚí ÇáÃæá .
"Kemudian dia berjalan dan berlari diantara Safaa dan Marwah sebagaimana dulu, melainkan bagi mereka yang mengerjakan Haji Qiran atau Haji Ifrad, Saie yang pertama sudah mencukupi bagi mereka" [Syiekh al-Albani, Manasik al-Haj wa al-Umrah, ms 20 - versi MsWord]
---------------

Kesimpulannya, jumhur ulama' termasuklah Jawatan kuasa tetap Fatwa dan Penyelidikan Arab Saudi berpendapat bahawa tawaf Qudum tidak boleh menggantikan tawaf al-ifaadhah bagi mereka yang menunaikan Haji Ifrad dan Haji Qiran. Ia adalah wajib, kerana ia merupakan salah satu rukun dari rukun2 haji. :aklam.

wassalam

خيرالأمين

Re: SJ-09-0003 : Haji Qiran dan Tawaf ifadhah

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Berikut adalah sekadar pandangan beberapa ulama' berkenaan dengan Haji mana yang afdal dilakukan. Nasihat Syeikh Nasyiruddin al-Albani didalam muqaddimah buku Hajjatun Nabi :saw menyebut :-

ääÕÍ áßá ãä ÃÑÇÏ ÇáÍÌ Ãä íÏÑÓ ãäÇÓß ÇáÍÌ Úáì ÖæÁ ÇáßÊÇÈ æÇáÓäÉ ÞÈá Ãä íÈÇÔÑ ÃÚãÇá ÇáÍÌ áíßæä ÊÇãÇ ãÞÈæáÇ ÚäÏ Çááå ÊÈÇÑß æÊÚÇáì .
æÅäãÇ ÞáÊ : Úáì ÇáßÊÇÈ æÇáÓäÉ áÃä ÇáãäÇÓß ÞÏ æÞÚ ÝíåÇ ãä ÇáÎáÇÝ - ãÚ ÇáÃÓÝ - ãÇ æÞÚ Ýí ÓÇÆÑ ÇáÚÈÇÏÇÊ ãä Ðáß ãËáÇ : åá ÇáÃÝÖá Ãä íäæí Ýí ÍÌå ÇáÊãÊÚ Ãã ÇáÞÑÇä Ãã ÇáÅÝÑÇÏ ¿ Úáì ËáÇËÉ ãÐÇåÈ æÇáÐí äÑÇå ãä Ðáß ÅäãÇ åæ ÇáÊãÊÚ ÝÞØ ßãÇ åæ ãÐåÈ ÇáÅãÇã ÃÍãÏ æÛíÑå Èá ÐåÈ ÈÚÖ ÇáÚáãÇÁ ÇáãÍÞÞíä Åáì æÌæÈå ÅÐÇ áã íÓÞ ãÚå ÇáåÏí ãäåã ÇÈä ÍÒã æÇÈä ÇáÞíã ÊÈÚÇ áÇÈä ÚÈÇÓ æÛíÑå ãä ÇáÓáÝ æÊÌÏ ÊÝÕíá ÇáÞæá Ýí Ðáß Ýí ßÊÇÈ ( ÇáãÍáì ) æ( ÒÇÏ ÇáãÚÇÏ ) æÛíÑåãÇ .

"Aku menasihatkan kepada sesiapa yang ingin menunaikan haji agar mempelajari manasik haji (cara2 menunaikan haji) menurut al-Quran dan sunnah sebelum menunaikannya amalan haji agar ia menjadi sempurna dan diterima disisi Allah swt. Sesungguhnya aku menyarankan perkara ini (kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah) kerana kebanyakkan buku2 manasik haji memasukkan perkara khilaf, sebagaimana yang dilakukan keatas ibadat2 lain; sebagai contoh : Apakah lebih afdal menunaikan haji tamattu' atau qiran atau ifrad?

Tiga mazhab yang berpendapat bahawa sesungguhnya Haji Tamattu' sahaja yang menjadi keutamaan sebagaimana mazhab Imam Ahmad dan lain2. Sebahagian ulama2 muhaqqiqin yang lain berpandangan bahawa mereka yang tidak membawa hadyu/binatang korban bersama mereka (ketika memasuki Kota Makkah). Ini merupakan pandangan Ibn Hazm dan Ibn Qayyim yang mengikuti Ibn Abbas dan lain2 dari kalangan para salaf. Pendapat ini boleh dijumpai pada kitab2 mereka - al-Muhalla, Zadul Ma'ad dll." [ Hajjatun Nabi saw, ms 10]

Syeikh Nasyiruddin al-Albani rh. juga telah memuatkan bab khas didalam buku perjalanan Haji Nabi :saw menurut Jabir ra. iaitu "perintah memansukhkan Haji ditukar kepada Umrah" (ÇáÃãÑ ÈÝÓÎ ÇáÍÌ Åáì ÇáÚãÑÉ) memetik beberapa hadith Nabi :saw bahawa beliau sendiri mengarahkan para sahabat yang tidak membawa korban bersama-sama mereka menukar Haji kepada umrah (menunaikan haji tamattu') :-

ÍÊì ÅÐÇ ßÇä ÂÎÑ ØæÇÝå ( æÝí ÑæÇíÉ : ßÇä ÇáÓÇÈÚ : ÌÇ Íã ) Úáì ÇáãÑæÉ ÝÞÇá : [ íÇ ÃíåÇ ÇáäÇÓ : Íã ] áæ Ãäí ÇÓÊÞÈáÊ ãä ÃãÑí ãÇ ÇÓÊÏÈÑÊ áã ÃÓÞ ÇáåÏí æ[ á : Ï ÌÇ åÞ Íã ] ÌÚáÊåÇ ÚãÑÉ Ýãä ßÇä ãäßã áíÓ ãÚå åÏí ÝáíÍá æáíÌÚáåÇ ÚãÑÉ ( æÝí ÑæÇíÉ : ÝÞÇá : ÃÍáæÇ ãä ÅÍÑÇãßã ÝØæÝæÇ ÈÇáÈíÊ æÈíä ÇáÕÝÇ æÇáãÑæÉ æÞÕÑæÇ æÃÞíãæÇ ÍáÇáÇ . ÍÊì ÅÐÇ ßÇä íæã ÇáÊÑæíÉ ÝÃåáæÇ ÈÇáÍÌ æÇÌÚáæÇ ÇáÊí ÞÏãÊã ÈåÇ ãÊÚÉ : Î ã ) .
"Ketika baginda pada akhir Saienya ( didalam riwayat lain : yang ketujuh kali : Ibnu Jarud, Ahmad) di Marwah maka baginda bersabda : [Wahai manusia : Ahmad] Jika sesungguhnya aku berhadapan dengan urusanku, maka pantang aku mengelaknya, iaitu tidak membawa al-hadyu/binatang korban dan [nescaya : Abu Daud, Ibnu Jarud, al-Baihaqi, Ahmad] aku menjadikannya Umrah, maka sesiapa dikalangan kamu yang tidak membawa bersamanya binatang korban, maka bertahallullah dan jadikannya umrah (didalam riwayat lain : maka baginda bersabda : lakukan tahlul dan ihram, dan bertawaf di baitullah, dan saie diantara Safa dan Marwah, dan potonglah rambut dan laukan apa yang dihalalkan bagi kamu. Ketika datangnya hari Tarwiyah maka berihramlah dengan ihram Haji, dan jadikan apa yang mulakan dahulu dengan tamattu [Bukhari, Muslim]" [ Hajjatun Nabi :saw, ms 88].

Haji Tamattu' kekal, dan para sahabat dan para salaf diperintahkan oleh Nabi :saw menunaikannya, sebagaimana didalam sebuah riwayat menyebut :-

äÒáÊ ÂíÉ ÇáãÊÚÉ Ýí ßÊÇÈ Çááå - íÚäí ãÊÚÉ ÇáÍÌ - æÃãÑäÇ ÈåÇ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÍÊì ãÇÊ
"Telah diturunkan ayat tamattu' didalam Kitab Allah - ya itu Haji Tamattu' - dan Rasulullah :saw memerintahkan kami dengannya, sehingga baginda wafat" - [Hadith riwayat Muslim].

Disini saya ringkaskan jawapan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. ketika menjawab soalan Haji mana yang paling utama / afdal :-

"Ketiga2 jenis haji (Ifrad, Qiran dan Tamattu') diterima dan diperbolehkan mengikut syara'. Haji Ifrad diperbolehkan, dan terdapat mazhab yang mengatakan ia lebih afdal dari yang lain. Haji Qiran di perbolehkan, sebagaimana Haji ini dilakukan oleh Nabi saw. Sebahagian ulama' mengatakan Allah swt hanya memerintahkan yang terbaik kepada Rasulnya. Haji Tamattu' merupakan Haji yang diperintahkan oleh Nabi :saw kepada sahabat2nya. Rasulullah :saw biasanya akan memilih diantara 2 perkara yang terbaik. Beliau bersabda :'Jika aku masih diberi umur yang panjang, tentu sekali aku akan bertahalul bersama kamu dan aku akan berhaji tamattu' sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat'. Kemudian ada diantara mereka yang bertanya beliau : 'Apakah ini khusus untuk kita atau selama2nya'. Baginda menjawab :'Untuk selamanya, Umrah disatukan dengan haji sampai hari kiamat'. Sehinggakan Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa Haji yang paling utama adalah Haji tamattu' kerana Haji ini merupakan apa yang dikehendaki oleh Nabi :saw. Nabi tidak memerintahkan sesuatu kepada para sahabat, melainkan yang terbaik untuk mereka".

Berikut adalah fatwa yang telah dikeluarkan dari Lembaga tetap penyelidikan dan fatwa Arab Saudi didalam fatwanya yang bernombor 5229: -

ÃäæÇÚ ÇáÅÍÑÇã ËáÇËÉ: ÇáÃæá: ÇáÅÍÑÇã ÈÇáÍÌ ÝÞØ¡ æãä ÍÌ ãÝÑÏÇð ÝáÇ íÌÈ Úáíå åÏí. ÇáËÇäí: ÇáÅÍÑÇã ÈÇáÍÌ æÇáÚãÑÉ ãÚÇð¡ æåÐÇ íÓãì ÞÇÑäÇð¡ æíÓãì ÃíÖÇð ãÊãÊÚÇð¡ æíÌÈ Úáì ÇáÞÇÑä åÏí. ÇáËÇáË: ÇáÅÍÑÇã ÈÇáÚãÑÉ Ýí ÃÔåÑ ÇáÍÌ¡ æíÊÍáá ãäåÇ Ëã íÍÌ Ýí äÝÓ ÇáÓäÉ¡ æíÓãì ãä ÝÚá åÐÇ ãÊãÊÚÇð¡ æíÌÈ Úáíå åÏí¡ æãä áã íÌÏ ÇáåÏí ÕÇã ËáÇËÉ ÃíÇã Ýí ÇáÍÌ æÓÈÚÉ ÅÐÇ ÑÌÚ Åáì æØäå¡ Ãæ ãÍá ÅÞÇãÊå¡ æÃÝÖá ÃäæÇÚ ÇáäÓß ÇáËáÇËÉ: ÇáÊãÊÚ ÈÇáÚãÑÉ Åáì ÇáÍÌ.
"Terdapat 3 jenis Ihram. Pertama : Ihram dengan Haji sahaja, iaitu Haji Ifrad, dan tidak wajib keatasnya binatang korban. Kedua : Ihram Haji dan Umrah bersama, ini dinamakan Haji Qiran, wajib keatas Qiran mengorbankan binatang. Ketiga : Ihram dengan Umrah pada bulan2 Haji, dan bertahalul dengannya, kemudian menunaikan Haji pada tahun itu, dinamakan atas perbuatannya yang mudah - Tamattu', wajib keatasnya binatang korban, dan bagi sesiapa yang tidak ada binatang korban hendaklah berpuasa 3 hari pada hari2 haji, dan 7 hari apabila pulang ke negaranya, atau ditempat tinggalnya, dan seafdal cara Haji diantara 3 adalah : al-Tamattu' dengan Umrah dan kemudian Haji" [al-Lajnah al-Daaimah - 11/159-160].
------------

Begitulah serba sedikit pandangan ulama' kontemperor berkenaan dengan haji mana yang afdal. Mereka ini berpendapat bahawa haji tamattu' merupakan pilihan yang terbaik berdasarkan ia merupakan cita2 Nabi :saw untuk menunaikannya bersama para sahabat, akan tetapi baginda tidak sempat melakukan sedemikian kerana baginda wafat. Para ulama' berpendapat bahawa sudah tentu Haji tamattu' mempunyai keistimewaannya oleh kerana Nabi :saw memerintah sahabat melakukan demikian, dan biasanya Nabi :saw akan memerintahkan yang terbaik. Haji mana yang afdal, merupakan khilaf ulama', maka apa sahaja yang kita lakukan dan amalkan, pastikan agar ia berdasarkan al-Quran dan sunnah Nabi :saw. :aklam

wassalam
========
Rujukan :

1. Syeikh Nasyiruddin al-Albani. Hajjatun Nabi :saw : kama rawaahaa 'anhu Jabir ra.. cet ke 7. Beirut : al-Maktabah al-Islami, 1985.

2. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Miatu Sualin 'an al-Hajji wal-Umrati wal-Udhhiyyati. Al-Ittihad Emirates Media, 200?

3. Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah Lil- Buhuth al-'ilmiyyah wa al-Fatwa - 11. cet ke 3. Riyad : Dar al-Muayyad, 2000.

خيرالأمين