SJ-05-0097 : Solat Jumaat selang-selang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0097 : Solat Jumaat selang-selang

:salam

Ustaz thtl,

Kalau kerja kat Power Plant ke, atau hospital ke, bagaimana? Ana kalaus etakat kerja kat kilang, pada ana, boleh berenti production seketika. majikan harus benarkan, sesuai dengan ayat Quran dalam surah Juma'ah. Tapi kalau cam power plant, kalau mereka keluar, elektrik takde, sedangkan elektrik diperlukan untuk hospital, atau trafik light (musafir misalnya kan tak wajib solat Jumaat), atau juga hospital, terpaksa standby takut ada emergency....

Wallahu a'lam

:wassalam

SJ-05-0097 : Solat Jumaat selang-selang

:wassalam

alJawab:

Orang yang gugur kewajiban solat Juma'at ialah yg ada udzur syara'iy. Antara udzur syara'iy ialah sakit, ketakutan terhadap bahaya yang akan menimpa jiwa, harta dan kehormatan, hujan, kesulitan, angin kencang, hujan lebat, kerabat yg sedang tenat. Ini antara udzur syara'iy yang disenaraikan oleh fuqaha'. (Syaikh Sa'iid ali alQahthani, Solatul Jum'ah)Maka petugas atau pegawai keselamatan yang menjaga tempat2 kritikal, maka termasuk udzur syara'iy jika telah diputuskan demikian oleh gabungan pengurusan dan ahli agama dengan mengambil kira keperluan pertukaran giliran dan syif supaya orang yang sama tidak ketinggalan 3 kali Juma'at berturut-turut berdasarkan hadith:

" B/siapa yg meninggalkan tiga kali Juma'at kerana meremehkannya, maka ALlah akan mengunci hatinya." HR Abu Daud, Termidzi dan Nasa'iy dari Abu alJa'ad alDamiri.

sekian