1)Bolehkah saya menjadikan doa saidina akhashah sebagai doa tiap tiap lepas sembahyang?
2)apakah kelebihan doa akhashah?
3)adakah benar hadis yang menyatakan "barang siapa yang syak dia akan doa ini maka jadi kafir ia"?
4)tolong beriterjemahan doa akhashah ini untuk saya lebih dapat menghayati doa tersebut.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-07-0016 : doa Akashah
Primary tabs
Tue, 17/05/2005 - 6:50pm
#1
SJ-07-0016 : doa Akashah
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zulnaim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Do'a Akashah ini dijumpai didalam kitab Majmu' Syarif yang mana terdapat beberapa do'a2 yang lain seperti Do'a Nisfu Sya'ban, Istighfar Rejab, Doa Kanzu 'Arash dan lain2. Didalam kitab tersebut, tidak pula terdapatnya riwayat2 mengenai do'a2 tersebut, yang dapat membuktikan bahawa do'a2 mempunyai periwayatan yang sahih.
Malahan2 do'a ini disertakan dengan 'hadith2' bagi membuktikan bahawa do'a ini memang mempunyai fadhilat2nya yang tertentu, sepertimana yang sdr nyatakan : 'barangsiapa yg syak dia akan do'a ini maka jadi kafir ia". Ini merupakan sandaran2 yang palsu atas Nabi hadith Nabi :saw. Mengada2 sesuatu bersandarkan nama Nabi :saw itu satu bid'ah yang mungkar,
Akashah ibn Muhsan ra. merupakan sahabat Nabi :saw. Beliau merupakan kumpulan2 sahabat2 Nabi yang dijanjikan syurga Allah swt selain dari mereka yang 10 orang. Tidak pula terdapat riwayat2 yang sahih menceritakan bahawa Akashah ra. telah meriwayatkan do'a yang diberi nama 'Do'a Akshah'. Riwayat mengenai Akashah meminta Nabi :saw mendo'akannya agar masuk syurga tanpa hisab adalah sahih, dimana Akashah ra. berkata :
Hadith ini juga menjadi dalil bahawa orang Islam boleh bertawwasul dengan Nabi :saw semasa baginda masih hidup.Tidak ada riwayat2 lain yang menyatakan bahawa terdapatnya do'a Akashah.
Jika anda ingin berdo'a menggunakan do'a yang datang dari Nabi :saw, ambillah do'a dari kita kitab al-Azkar karangan Imam al-Nawawi, atau kitab moden yang berukuran kecil berjudul Hisnul Muslim : min azkar al-kitab al-sunnah karangan Saed bin Ali bin Wahf al-Qahthaani yang telah pun diterjemahkan didalam pelbagai bahasa. Do'a2 dari 2 kitab ini memang sahih datang dari Nabi :saw dan selamat digunakan.
Kalau kita mempunyai hajat2 yang tertentu (specific) , baca sahaja do'a didalam bahasa yang kita fahami maksudnya.
Disini saya ingin memaparkan fatwa dari Ibn Taimiyah rh mengenai do'a dan zikir yang disandarkan kepada Nabi :saw atau sahabat2nya. Kata Ibn Taimiyah :-
æáíÓ áÃÍÏò Ãäú íóÓõäøó ááäøóÇÓö äæÚÇð ãä ÇáÃÐßÇÑ æÇáÃÏÚíÉ ÛíÑ ÇáãÓäæä¡ æíÌÚáåÇ ÚÈÇÏÉð ÑÇÊÈÉð íæÇÙÈ ÇáäÇÓ ÚáíåÇ ßãÇ íæÇÙÈæä Úáì ÇáÕáæÇÊ ÇáÎãÓ¡ Èá åÐÇ ÇÈÊÏÇÚõ Ïíäò áã íÃÐä Çááå Èå... æÃãÇ ÇÊÎÇÐ æÑÏò ÛíöÑ ÔÑÚíøò¡ æÇÓÊäÇäõ ÐßÑò ÛíÑö ÔÑÚíøò¡ ÝåÐÇ ããÇ íõäåì Úäå¡ æãÚ åÐÇ ÝÝí ÇáÃÏÚíÉ ÇáÔÑÚíÉ æÇáÃÐßÇÑ ÇáÔÑÚíÉ ÛÇíÉõ ÇáãØÇáÈö ÇáÕÍíÍÉö æäåÇíÉõ ÇáãÞÇÕÏö ÇáÚáíøóÉ ¡ æáÇ íóÚÏáõ ÚäåÇ Åáì ÛíÑåÇ ãä ÇáÃÐßÇÑö ÇáãÍÏóËÉ ÇáãÈÊÏÚÉö ÅáÇø ÌÇåáñ Ãæ ãÝÑøöØñ Ãæ ãÊÚóÏøò. Ã.åž
Tidak ada orang yang berhak menunjukkan kepada manusia apa2 zikir atau do'a yang tidak diriwayatkan didalam sunnah dan menjadikan ia sebagai ibadat agar manusia mengamalkannya sebagaimana manusia melakukan solat 5 waktu. Malah ini merupakan satu rekaan atau bid'ah didalam agama dimana Allah tidak memberi kebenaran... didalam kes memasukkan amalan pelik yang tidak dijelaskan oleh syariah dan juga zikir yang tidak dijelaskan didalam syariah, ini merupajan sesesuatu yang dilarang, malah so'a dan zikir yang telah dijelaskan oleh syara' merupakan yang terbaik dan akan mencapai tujuan dan maksud.Tidak ada sesiapa yang memalingkan darinya dan mengambil amalan2 yang direka dan mencipta zikir2 melainkan orang itu jahil, lalai atau melampau batas" [Majmu' Fatawa, 22/510-511].
Membaca do'a (yang bukan datang dari Nabi :saw) yang tidak mengandungi unsur2 yang salah menurut syara' tidaklah mengapa (bukanlah menjadikannya sebagai amalan harian). Meninggalkannya adalah lebih selamat dan tepat oleh kerana yang terbaik adalah do'a2 yang datang dari hadith Nabi :saw. Akan tetapi menyandarkan sesesuatu do'a dengan menggunakan hadith2 palsu yang dikaitkan dengan Nabi :saw adalah perbuatan yang haram lagi terlarang. :aklam.
wassalam
========
Rujukan :
1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.
خيرالأمين