SJ-12-0086 : Tilik Anak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0086 : Tilik Anak

:salam

Beberapa orang kawan perempuan di tempat kerja saya menggunaakan rantai dan cincin untuk menilik jantina anak dan bilangan anak yang mungkin akan dilahirkan.

Katanya ,antai yang dipegang dan dijuntaikan akan memberi petunjuk jantina anak. Kalau berayun anak lelaki, kalau bepusing anak perempuan. Kalau tak bergerak pula ,anaknya mungkin seramai itu sahaja.

Persoalan : Adakah ini termasuk kerja-kerja menilik yang dilarang oleh Islam walaupun mereka tidak mempercayainya 100%.?

Terima kasih

SJ-12-0086 : Tilik Anak

:wassalam

Perbuatan mendatangi tukang ramal (kahin) walaupun tidak membenarkannya adalah dilarang oleh RasuluLlah SAW.

jika sekadar suka-suka (tidak diterima solatnya selama 40: hadis Muslim dari Aisyah # 2230); jika ia mengunjungi kahin dan membenarkannya, maka ia kafir (riwayat alBazzar, hasan menurut alMundziri, disahkan oleh alQardhawi dalam alMuntaqa tahqiq attarhib lil Mundziri/1853)

Kata alQardhawi, cara yg sah utk mengetahui jantina ialah cara ultra sound dan pelbagai ujian di hospital dan bukannya dgn ramalan dari si kahin. Adapun utk mengetahui bilangan anak, hendaklah diselusuri silsilah perempuan itu apakah ia datang dari keturunan yg banyak anak atau tidak. (Mawaqif alIslam)

sekian