SJ-05-0103 : Sunnah di waktu maghrib - isyak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0103 : Sunnah di waktu maghrib - isyak

:salam

Apakah aktiviti yang kebiasaannya dilakukan oleh Rasulullah ,para sahabat , tabi'in diantara waktu Maghrib dan Isyak ? - majlis ilmu ? baca Quran ? balik kerumah dan makan malam / sembahyang sunat .....

TQ

SJ-05-0103 : Sunnah di waktu maghrib - isyak

:wassalam

alJawab:

Semua yg khai senaraikan tu dilakukan semua oleh para salaf sementara menunggu waktu Isyaa'. ada balik rumah solat sunat (macam Nabi saw, rumah baginda tu dalam komplek mesjid), ada solat kat mesjid kerana rumah jauh, ada halaqat Qur:an, ada yg zikir sendirian, ada baca Qur:an. Mungkin Nabi saw buat mesyuarat dengan exco baginda, mungkin ada kenduri kat mana-mana.

Ini adalah zaman terbaik, manusia terbaik, tak ada lagha, tak ada TV, tak ada kemungkaran, semua program yg baik2 aje, dan tak ada bid'ah baik dalam mesjid, antara maghrib-Isya', lepas subuh, antara Juma'at ke juma'at dan seterusnya. Terbukti, bila para sahabat di tugaskan ke daerah2 baru sebagai gabnur atau qadhi wilayah, mereka segera mengujudkan halaqah2 ilmu di mesjid, spt Ibn Mas'ood di Kufah, Abu Hurairah di bahrain dan halaqah2 itu masih diteruskan di mesjid nabawi dan al-Azhar hingga kini..

jadi pengisian yg mesjid buat sekarang antara maghrib dan isyaa' tu bukanlah menyalahi salaf jika sekiranya ia masih dalam perkara-perkara yg memberi kebaikan kepada ahli qaryah dan bukannya bid'ah agama.
jadi kita jangan rigid sangat. Isilah apa jua program yang menasabah, bermanfa'at spt majlis ilmu. ini kerana program ilmu adalah program utama di zaman salaf, sebab kuatnya majlis ilmu merekalah Islam tu masih asli sampai kepada kita. sekian