SJ-03-0038 : masalah solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0038 : masalah solat

:salam ...terima kasih kepada panel kerana sudi menjawab soalan ana berkenaan masalah berkhatan.
soalan ana yang berikutnya...mengenai masalah solat. ana menuntut di ukraine, sebuah negara bukan islam. masalah ana adalah mengenai solat. solat adalah perkara yang amat dititik beratkan dalam islam. masalah ana adalah tandas disini tidak menyediakan air. jadi kami mengalami kesukaran untuk beristinja'. kami biasanya kalau untuk menunaikan hajat besar kami akan tunggu sampai selesai kelas / lari ke asrama berdekatan. tapi kalau yang kecil kami akan lakukan ditandas fakulti sahaja. masalah timbul apabila tiba waktu sembahyang. ana biasanya akan sembahyang di kawasan kelas. jika tidak bersuci dari hadas kecil, bagaimana nak sembahyang?? ana selalu juga bawa air botol / tisu utk bersuci, tetapi kadang2 terlupa jugak utk bawa. ustaz, boleh kah saya tunaikan sembahyang...jika ada hadath kecil dan tiada pilihan, ape yg harus saya lakukan? adakah saya perlu mengqada' sembahyang tersebut? atau cuma sembahyang dalam hadath kecil tersebut?? satu lagi tentang sembahyang jumaat. kami tiada kesempatan (tidak dibenarkan meninggalkan kelas) untuk sembahyang jumaat. apakah hukumnya? biasanya saya hanya akan sembahyang zuhur 4 raka'at? apekah hukumnye ustaz? sekian terima kasih

SJ-03-0038 : masalah solat

:wassalam
alJawab:

tak sangka juga fiqh al-Ahkam ni sudah sampai ke Ukraine! (kecil sungguh dunia ni) JazakaLlah kerana memilih al-Ahkam sebagai fiqh cyber anda.

1) apakah bersuci semestinya dgn air?

Kami rasa terkejut kerana bila anda telah terjatuh dalam kesulitan kerana percaya bersuci dalam Fiqh Taharah hanya dengan air sahaja. Dari manakah anda telah mengambil ilmu fiqih? Di atas nama Fiqh Taysir atau Fiqh Kemudahan, maka percayalah mulai hari ini, anda boleh bersuci dari najis bukan sahaja dengan air bahkan dengan apa saja yg lazimnya digunakan manusia untuk bersuci. Walaupun air itu ideal, tapi Islam memberi pilihan buat anda bersuci dengan batu, kertas atau seumpamanya. Jika dalam tandas terdapat tisu atau air, anda masih diberi pilihan samada menggunakan yg mana satu atau kedua-duanya (Ibn Qayyim, I'lam alMuwaqqi'in, 1/151)

Dalilnya: Dalam Fiqh Sunnah

1. Dari Anas, bila RasuluLlah saw masuk tandas, aku bersama seorang rakan sebayaku, maka aku bawakan setimba air berserta cebuk kpd baginda." (Muttafaq 'alaih)

2. Dari Aisyah ra: (sabda) bila salah seorang di antara kamu buang air besar, maka hendaklah ia istijmar dengan tiga ketul batu, kerana dgn demkian itu memadai baginya." (Ahmad, Nasa'iy, Abu Daud dan Daruqutni)

Maka istilah fiqih taharah:

istinja' = menyucikan najis dgn air
istijmar= menyucikan najis dgn batu, kertas dan semisalnya.

Jadi umat Islam hanya biasa dgn istinjaa' tapi tidak tahu akan istijmar.

2) Bagi orang yg bermusafir ke negara2 bukan Islam, maka gugurlah kewajiban Juma'at atasnya. Jika ditambah dengan kesulitan yg anda hadapi, maka bertambah kukuhlah keuzuran anda. Ini amalan salaf bila mereka bermusafir hatta dalam waktu yg lama. Dalilnya: Dari Ibn Abbas, sesiapa yg mendengar azan solat dan tidak mendatanginya, maka tidak sah solatnya kecuali uzur. Ditanya baginda, " apa udzur itu? jawab baginda, " khauf (takut) atau sakit." Fiqh Sunnah

semuga Allah memudahkan anda dalam berpegang kepada agama-Nya dan kembalilah semula kepada kami jika anda menghadapi kesulitan fiqih.

sekian