SJ-13-0171 : Perpaduan ummah dlm persperktif islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0171 : Perpaduan ummah dlm persperktif islam

:salam

Boleh ustaz jelaskan pada saya tentang perpaduan ummah dalam perspektif islam? Harap ustaz dapat bantu saya untuk memahaminya. Terima kasih?

:wassalam

SJ-13-0171 : Perpaduan ummah dlm persperktif islam

:wassalam

Jawab-ringkas:

Harap ma'af kerana kami tidak mampu menjelaskan soalan spt yg diajukan kerana ia sebenarnya suatu esei yang memerlukan penulisan yang banyak dan memakan masa kami yang hanya terhad menjawab soalan2 yang spesifik dan ringkas. Topik spt yang diajukan bisa sahaja ditemukan dalam banyak kitab. Kami syorkan anda membeli:

1. Ciri-Ciri masyarakat Islam yang kita Idamkan oleh Prof Yusof alQardhawi, terjemahan Penerbit 1000 Dinar, tahun 2000.

2. Fiqh Ikhtilaf oleh juga Dr Yusof alQardhawi, terjemahan alSyabab Media Bangi. 2003.

Rumusan Dr alQardhawi, Selepas kita tuntutan beriman kepada rukun2 Iman, tuntutan selepasnya ialah Bersaudara (ukhuwwah) dan tuntutan ukhuwwah seterusnya ialah Kesatuan atau Perpaduan (wehdah) dan kita kena hindari Perpecahan. Maka selepas iman lahirlah ukhuwwah (persaudaraan) dari persaudaraan lahir pula perpaduan. Jika perpaduan tidak lahir dalam masyarakat yang kita idamkan, ini bermakna kena cek balik persaudaraan dan juga kena cek semula keimanan kita.

jika anda mengalami kesulitan memahaminya, maka kembalilah semula kepada kami dengan soalan yang lebih khusus.

:aklam