SJ-05-0122 : solat sunat isyrak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0122 : solat sunat isyrak

boleh saya tahu adakah hadith sahih tentang solat sunat isyrak. adakah nabi pernah buat.syukran.

SJ-05-0122 : solat sunat isyrak

wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr halimi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Solat sunat Isyraaq (ÇáÅÔÑÇÞ) adalah merupakan solat sunat Dhuha (ÇáÖÍì) pada awal waktunya menurut Syeikh Abdul Aziz ibn Baaz rh. [Majmu' Fataawa al-Syiekh Ibn Baaz, 11/401]. Menurut beliau juga, solat ini dikenali juga sebagai Solat Awwabin (ÇáÃæÇÈíä) [Majmu' Fatawa Samaahah al-Syiekh Ibn Baaz, 4/335], Sabda Nabi :saw :-

ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä Ííä ÊÑãÖ ÇáÝÕÇá
'Solat Al-Awaabeen semasa Unta muda merasakan panas (akibat matahari yg panas)'. [Hadith riwayat Muslim, #748].

Hadith ini menunjukkan keadaan panas pada awal terbitnya matahari. Dikata solat Isyraaq (awal Solat Dhuha) adalah lebih kurang 15 minit selepas waktu matahari terbit.

Nabi :saw sememangnya menjaga solat Dhuha (atau dikenali sebagai Isyraaq atau awwaabin) walaupun beliau didalam keadaan bermusafir. Telah datang hadith dari Abu Hurairah ra. berkata :-

ÃóæúÕóÇäöí Îóáöíáöí Õóáøóì Çááøóå Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÈöËóáóÇËò áÇ ÃóÏóÚõåõäøó Ýöí ÓóÝóÑò æóáÇ ÍóÖóÑò ÑóßúÚóÊóíö ÇáÖøõÍóì æóÕóæúãö ËóáÇËóÉö ÃóíøóÇãò ãöäó ÇáÔøóåúÑö æóÃóäú áÇ ÃóäóÇãó ÅöáÇ Úóáóì æöÊúÑò .
"Sahabatku (Nabi :saw) mewasiatkan aku melakukan tiga perkara yang mana aku tidak akan meninggalkannya samada aku didalam keadaan musafir atau tidak: Dua rakaat solat DHUHA, berpuasa 3 hari didalam satu bulan dan tidak tidor sehingga aku melakukan solat Witir" [Sahih Sunan Abu Daud, #1269]

Jika solat Isyraaq yang kita faham adalah pada ketika matahari naik (seperti yang dicatat oleh setengah2 buku), pemahaman ini adalah salah, kerana waktu ini merupakan salah satu dari waktu2 yang dilarang bersolat. Pastikan matahari telah naik 15 hingga 20 minit, dan barulah wujud waktu awal Solat Dhuha yang dikenali sebagai Solat Isyraaq. WA.

Sila baca juga SoalJawab di URL berikut :-

SJ - 2763 : Solah Isyrak dan Solah Duha
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=16433

wassalam

خيرالأمين