SJ-03-0043 : Urgent...sambungan Istijmar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0043 : Urgent...sambungan Istijmar

Assalammualaikum,
Saya didik anak lelaki saya berumur 9 tahun supaya cuci dengan air
(guna small container yang disimpan di dalam poket seluarnya) selepas buang air kecil di sekolah (sekarang berada di luar negara) dan toilet pula jenis dry. Alhamdulillah, di rumah tiada masalah kerana saya suruh dia buang air kecil secara duduk di atas toilet bowl. Masalahnya, sudah hampir 3 bulan , dia selalu balik sekolah memberitahu saya air kencingnya terkena seluar atau kakinya. So, banyak kali kena cuci pakaiannya. Di sekolah terpaksa buang air kecil berdiri kerana risau ada air kencing bersepah-sepah di atas alas toilet bowl. Hendak suruh dia buang air kecil di mangkuk yang di dinding pula, lagi merbahaya sebab lagi mudah terpercik.

1. Adakah boleh lap sahaja 'bird' selepas buang air kecil & kakinya yang terpercik air kencing dengan tissue & tidak guna air dikira suci sedangkan ada air? Perlu 3 kali atau 1 kali memadai?

2. Kalau dikira suci, adakah SELUARNYA dikira suci juga jika 'bird'nya dilap sahaja dengan tissue (jika tiada kena percikan air kencing) dan tidak perlu dibasuh seluarnya berasingan? Direct terus di dalam washing-machine.

3. Bagaimana kalau lap sahaja air kencing orang lain yang ada di atas alas toilet bowl dengan tissue sekali sahaja supaya dia boleh buang air kecil secara duduk? Saya fikir alas itu masih najis. Kalau di Malaysia , boleh dijirus dengan air.

Harap ustaz beri pandangan dan cara yang baik mengatasi masalah ini serta secepat mungkin. Terima kasih.Wassalam.

SJ-03-0043 : Urgent...sambungan Istijmar

:wassalam

Tandas mat saleh di Barat ada dua jenis: satu untuk kencing sahaja dan selalunya dipasang pada dinding toilet, ada pelbagai saiz dan design , untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kemudian ada toilet bowl untuk buang air besar dan orang Barat buang air secara duduk. Etika Barat ialah toilet seat (tempat duduk) itu sentiasa dalam keadaan up-right (tegak) bila tidak digunakan dan bila kita nak guna , tarik dan duduk, selepas sudah, tegakkan semula toliet seat tsb. Mereka tidak kencing dalam toilet bowl. Itu etika mereka. Oleh kerana kita sekarang berpakaian cara Barat, pakai seluar dan berkasut, maka praktikalnya kita buang air kencing sambil berdiri pada tempat buang air kecil yang disediakan pada dinding tandas dan bukannya dalam toilet bowl. Jika kita buang air kecil dalam mangkuk tandas, maka mat saleh pun tak suka kerana toilet seat mereka akan berair dan kotor dgn percikan kencing.
Bila saya berada di luar negara dulupun mat saleh selalu merungut bila melayu masuk tandas awam kerana mereka menyebabkan bilik air mereka menjadi basah. Ini kerana kita orang melayu tidak dapat menyesuaikan diri dengan rekabentuk toilet dan cara penggunaan toliet moden tanpa air di sana. Sebenarnya Islam membolehkan kencing berdiri dan penggunaan kertas tisu sebagai alternatif jika ada perubahan pada tempat dan budaya.

Jika anda ingin anak anda buang air kecil dalam tandas dan duduk di atas toilet bowl, ada caranya. Selalunya toilet seat di Barat sentiasa kering dan bersih, maka apa yang anak anda perlu lakukan ialah melucutkan seluar half-way dan duduklah di atas toilet seat dan ia tidak akan terpercik. Tolilet roll boleh digunakan untuk mengganti air dan bukannya spt hukum tayammum yakni bila air sudah tidak ditemui. sekian semuga membantu.