SJ-10-0036 : Perut Ikan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0036 : Perut Ikan

Saya forwardkan email yang saya terima:

"I wish to request for someone to study on the issue of 'ikan yang dihidangkan tapi tidak dipotong perutnya'.

I pernah terdengar guru ugama (surau) membaca satu hadis (tak ingat hadis mana) mengatakan bahawa ikan, walaupun dihalalkan memakannya, tapi dalam bab samak ianya masih perlu dibasuh. Kifiat basuh ialah untuk membelah perutnya supaya bilasan dapat serata. Sama saperti membasuh pakaian yang bilasan terakhir mesti serata.

Jika mengikut peraturan ini, bila hukum samak tidak ditepati, mungkin dimusykilkan ianya masih najis.

Apa yang diamati sekarang, banyak hidangan ikan di restoran tidak dipotong perutnya.

Takutkan umat Islam yang tidak maklum akan sentiasa memekan najis."

Ana ada search dalam al-ahkam, jumpa jawapan daripada gayat berkenaan perut ikan pekasam.

Bagaimana pula kes di atas?

SJ-10-0036 : Perut Ikan

alJawab:

Setakat ni saya belum pernah menemui restoren yang menghidangkan ikan yang tidak disiang (diproses, dibelah perut dan dibuang najisnya). Kalau adalah restoren macam tu hendaklah diajukan kepada majlis perbandaran (yg mengeluarkan lesen perniagaan) dan kementerian HE Pengguna kerana ia adalah restoren yang pengotor. Pengguna yang mengutamakan kebersihan hendaklah menjauhi restoren sedemikian.
Kita tak perlu bincangkan hukumnya.