Assalamualaikum,
Apakah status :
1) Bismillah duapuluh dan ada disertakan sabda Rasulullah di list tu iaitu bermaksud : Barangsiapa membaca Bismillah (20) ini kalau ia laki-laki ialah seperti menantuku (Saidina Ali) dan kalau perempuan ialah seperti anakku (Saidatina Fatimah).
2) Selawat An-Nariah.
Harap ustaz beri penjelasan. Terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zn dengan kadar kemampuan yang ada.
1. Bismillah dua puluh dan hadithnya belum lagi kami berjumpa didalam kitab-kitab hadith sahih.
2. Selawat An-Nariah ini sangat popular di amalkan. Walau bagaimanapun, selawat ini bukanlah berasal dari Nabi :saw. Dr Abdullah al-Faqih menyebut :-
sumber : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=3784&Option=FatwaId
Kesimpulan : Jalan yang selamat adalah beramal dengan selawat yang telah diriwayatkan didalam hadith-hadith sahih (seperti selawat selepas tasyahud) dan memperbanyakkan bacaannya didalam penghidupan seharian.
Sifat Selawat keatas Nabi adalah sebagaimana beliau ditanya tentang 'selawat' tersebut dengan soalan :
Rujukan dari Soal-Jawab al-Ahkam - http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8226
WA, wassalam.
خيرالأمين
Tambahan:
Bismillah 20 adalah suatu yang baru. Yang amat popular sedikit masa dulu ialah Bismillah 19 atau Kod 19 dalam Bismillah yang dicipta oleh mendiang Rashad Khalifa yang dibunuh di Tuscon USA. Beliau adalah dari aliran anti-Hadith.