SJ-09-0007 : haji (amalan memakai inai)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0007 : haji (amalan memakai inai)

assalamualaikum,

sekadar nak kepastian ttg amalan memakai inai oleh orang perempuan selepas selesai menunaikan ibadat haji di mekah..... adakah amalan ini dilakukan oleh isteri nabi atau sahabat?

wassalam.

SJ-09-0007 : haji (amalan memakai inai)

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan huril_aimi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.

Sejauh yang kami tahu. tidak ada kaitan amalan memakai inai dengan selesainya ibadat Haji. Kemungkinan kaitannya adalah kerana inai memang banyak terdapatnya di Makkah, dan barangkali mungkin dibeli oleh mereka yang menunaikan ibadat Haji.

Begitu juga dengan memakai kopiah, tasbih, penggunaan title Haji dan sebagainya, bukanlah merupakan sunnah dilakukan selepas menunaikan Haji. Barangan-barangan itu merupakan ole-ole yang dibawa dari Arab Saudi. Seperti juga mereka yang melawat negara lain, seperti Medan sebagai contoh, akan kelihatan memakan buah salak untuk berapa ketika, while stock last. Ini adalah adat kebiasaan manusia. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين