SJ-012-0136 : aurat dgn wanita kapir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-012-0136 : aurat dgn wanita kapir

Quote:
Fatwa seterusnya menyebut :-

áÇ ãÇäÚ ãä ßÔÝ ÇáãÑÃÉ æÌååÇ ÚäÏ ÇáãÑÃÉ ¡ ãÓáãÉ ßÇäÊ Ãæ ßÇäÊ ßÇÝÑÉ º áÃäåÇ áã ÊõÄãÑ ÈÓÊÑ æÌååÇ ÅáÇ Úä ÇáÑÌÇá ÇáÐíä áíÓæÇ ãä ãÍÇÑãåÇ ¡ ÞÇá ÊÚÇáì : ( æóáúíóÖúÑöÈúäó ÈöÎõãõÑöåöäøó Úóáóì ÌõíõæÈöåöäøó æóáÇ íõÈúÏöíäó ÒöíäóÊóåõäøó ÅöáÇøó áöÈõÚõæáóÊöåöäøó )
"Tidak ada sebab mengapa wanita diwajibkan tidak membuka wajahnya dihadapan wanita lain, samada ianya Muslim atau kafir, kerana wanita diarahkan menutup aurat mereka dihadapan lelaki yang bukan mahram mereka. Firman Allah :

...dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan ... [al-Nur : 31] " [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 17/287, 288]

Apa yang dimaksudkan dengan "perempuan" didalam ayat ini adalah semua wanita, samada Islam atau bukan Islam.

Kesimpulannya, jika wanita Islam tadi bebas dari fitnah, maka wanita Islam tersebut batas aurat wanita Islam tadi adalah sama sahaja dengan wanita Islam atau wanita bukan Islam. Sebagaimana kata Ibn Utsaimin rh, pakaian tersebut hendaklah tidak ketat dan juga tidak nipis. Wallahu A'lam

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28768&sid=386cd5fec32fd28bfc67ae8747b1a4fc

aslm wbt

bgmana boleh ditafsirkan wanita sbg semua wanita termasuk bukan islam sdgkan dalam fatwa2 pulak disebut wanita islam

SJ-012-0136 : aurat dgn wanita kapir

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab saoalan mujahid dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa aurat wanita Islam dihadapan bukan islam adalah khilaf tafsiran ulama'

Quote:
sdgkan dalam fatwa2 pulak disebut wanita islam

Mujahid merujuk kepada fatwa mana? Kenyataan yang merujuk kepada "sebagai semua wanita, termasuk bukan Islam" adalah fatwa dari lajnah al-Daa'imah berkenaan dengan surah al-Nur, ayat 31. Jawatan kuasa tersebut menyimpulkan bahawa :-

æÇáãÑÇÏ ÈÇáäÓÇÁ Ýí ÇáÂíÉ : ÌãíÚ ÇáäÓÇÁ ÇáãÓáãÇÊ æÛíÑ ÇáãÓáãÇÊ ¡ æÇááå ÃÚáã .
dir="ltr">"Maksud wanita didalam ayat ini : kesemua wanita, samaada Islam atau bukan Islam, Wallahu 'alam" [al-Lajnah al-Daaimah, 17/288].

Jawatan kuasa fatwa tersebut mengatakan demikian kerana tidak terdapat sebarang dalil yang diriwayatkan dari isteri2 Nabi dan para sahabat mengenai isu ini.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين