SJ-10-0045 : Masalah dgn kelahiran dan aqiqah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0045 : Masalah dgn kelahiran dan aqiqah

Assalamualaikum, saya ada beberapa persoalan yg perlukan penjelasan dari ustaz.
A. Sekiranya saya mengambil anak angkat lelaki yg baru lahir dan kebetulan adik perempuan kepada isteri saya pun baru selamat melahirkan bayi. Setelah berbincang secara keluarga, kami bersetuju utk menyusukan anak angkat saya kepada adik ipar saya.
1. Soalan no.1 : Adakah anak angkat saya itu akan menjadi mahram kepada isteri saya ataupun tidak, setelah dia menyusu dgn adik kpd isteri saya.
2. Soalan no 2 : Boleh atau tidak saya menbuatkan aqiqah utk anak angkat saya tersebut? Dan boleh tak aqiqah utk anak tersebut dibuat secara berperingkat. Spt seekor kambing sekarang dan seekor lagi dibuat kemudian. Ini disebabkan masalah kewangan pada saya.
3. Soalan no 3: Jika kebetulan isteri saya melahirkan anak perempuan selepas itu ( beberapa tahun kemudian), adakah anak angkat saya tersebut merupakan mahram kepada anak saya?

B. Baru-baru ini, isteri saya telah selamat melahir anak perempuan. Terdapat beberapa persoalan :
1. Soalan no 1 : Boleh tak saya mencukur keseluruhan rambut anak saya dan apakah hukumnya?
2. Soalan no 2 : Apakah dibolehkan utk saya mengkhitankan anak perempuan saya dan bilakah masa yg sesuai utk dilakukan proses khitan ini. Apakah hukumnya, sbb baru2 ini saya ada terdengar ada fatwa terbaru yg menghalang khitan ini.
3. Jika saya melakukan majlis kenduri sempena aqiqah utk anak saya, adakah kita perlu menanam kesemua tulang2 daging tersebut seperti dilakukan pada daging korban? Dan jika dah terbuang dlm tong sampah apa pula hukumnya.

Harap dapat penjelasan dari ustaz.

Wassalam

SJ-10-0045 : Masalah dgn kelahiran dan aqiqah

:wassalam

alJawab:

A) 1. Ya, anak angkat itu menjadi mahram kepada isteri anda kerana mahram juga tsabit dgn susuan.

A) 2. Anda boleh mengakikahkan bayi tsb. Dalilnya Nabi SAW mengakikahkan cucunya alHasan dan alHusin kerana Ali dan Fatimah adalah miskin. Akikah memadai dengan seekor kambing dan tidak perlu menyusahkan diri melakukan secara berperingkat (Huraian: walaupun hadith yg mutawatir ialah dua ekor kambing bg anak lelaki, namun boleh juga dgn seekor kambing sebagaimana amalan Ibn Umar dan Ibn Abbas, lihat Fathul Bari 9/592). Ini kerana akikah menurut sunnah wajar dilakukan dalam tempoh 21 hari dari kelahiran. jika melakukan berperingkat, maka bayi itu sudah melebihi tempoh tsb

A) 3. Ya, kerana hukum susuan adalah hukum yang benar2 ujud dalam Islam. Lihat ayat 23 surah anNisa'

---------------------

B) 1. Sunah mencukur keseluruhan rambut bayi termasuk bayi perempuan, tsabit melalui hadith Samurah bin jundab (al-Albani, al-Irwaa', #1165), mafhum hadith: "semua bayi tergadai dengan akikahnya pada hari ke 7, disembelih haiwan, diberi nama dan dicukur rambutnya"ia hadith umum mencakupi juga bayi perempuan

B) 2. Khitan ke atas bayi perempuan adalah khilaf. Pendapat yang disyorkan oleh al-Qardhawi (Fiqh Thaharah) ialah khitanan atas bayi perempuan adalah jaiz (harus) tidak sunat dan tidak pula wajib. Jika ibubapa memilih utk khitan, maka lakukan dengan minima sahaja.

B) 3. Tidak ada perintah untuk menanam tulang belulang haiwan akikah. dari manakah terdapatnya kepercayaan ini?? Ia hanyalah myth (khabar angin) bukannya berpijak di atas nas. Maka tinggallah kepercayaan itu.

sekian