1.Apakah yang dikatakan mungkar itu dari segi istilah dan Islam. Adakah setiap yang haram itu adalah mungkar?
2. Adakah apa apa syarat / rukun mungkar .
Terima kasih
Di sebabkan banyaknya khilaf perkara ini dilihat agak subjektif. contohnya jika seseorang itu memakai emas putih, ia boleh jadi dilihat sebagai melakukan benda yang haram /mungkar bagi mereka yang memahami pendapat ulamak yang tertentu.
Jawab:
1. Mungkar dari sudut bahasa perkara yg jelik atau yg dibenci, istilah pada syara' ialah apa jua yg dibenci oleh syara'. (Kamus alMarbawi)
2. Tidak ada syarat atau rukun kerana ia bukan ibadah, bahkan ia maksiat), malah ia lawan ibadah atau lawan perkara2 yg disukai dalam agama. Misalnya rajin itu makruf, baik dan disukai, maka malas itu mungkar; berbakti kpd dua ibubapa itu ma'ruf (baik), tapi derhaka kpd keduanya adalah mungkar. Kepala atau ibu kepada segala kemungkaran atau mungkar al akbar ialah syirik, manakala ma'aruf alakbar (makruf yg paling besar) ialah tawheed. (Syaikh Ahmad arRasyid, alMuntalaq)
3. Perkara2 yg khilaf fiqhi tidak menjadi mungkar melainkan mungkin ia jatuh bab syubhat (perkara yg diragukan hukumnya), menjauhinya lebih pantas/baik.