SJ-05-0164 : qiblat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0164 : qiblat

assalamualaikum...
saye ingin bertanye kpd para ustaz al ahkam...
baru2 nie saye melawat rumah makcik saye...
saye bersolat lah di rumahnyer...
saye yakin bahawa kiblat saye ketika itu adalah btol...
tetapi setelah habis solat saye menyedari yang kiblat saya adalah berlainan arah...
adakah saya perlu mengqadakan solat saya?

SJ-05-0164 : qiblat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr insan_dhaif dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Semasa anda menunaikan solat itu, anda memang yakin bahawa kiblat anda betul, berdasarkan ingatan atau pengalaman, dsb, maka solat itu sah. Firman Allah swt :-

ÝóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú
dir="ltr">"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya" - [al-Taghaabun 64:16]

Didalam Fatwa alLajnah al-Daa'imah (6/314) ada menyebut ;-

ÅÐÇ ÇÌÊåÏ ÇáãÕáí Ýí ÊÍÑí ÇáÞÈáÉ æÕáì ¡ Ëã ÊÈíä Ãä ÊÍÑíå ßÇä ÎØà ¡ ÝÕáÇÊå ÕÍíÍÉ
dir="ltr">"Jika seseorang itu ingin bersolat dan berijtihad kearah kiblat dan bersolat, kemudian dia mendapati bahawa dia telah tersilap, solatnya masih sah"

Syeikh Ibn Baaz rh. didalam fatwanya berkata :-

ÅÐÇ ÇÌÊåÏ ÇáãÄãä Ýí ÊÍÑí ÇáÞÈáÉ ¡ ÍÇá ßæäå Ýí ÇáÕÍÑÇÁ ¡ Ãæ Ýí ÇáÈáÇÏ ÇáÊí ÊÔÊÈå ÝíåÇ ÇáÞÈáÉ ¡ Ëã Õáì ÈÇÌÊåÇÏå ¡ æÈÚÏ Ðáß ÙåÑ Ãäå Õáì Åáì ÛíÑ ÇáÞÈáÉ ¡ ÝÅäå íÚãá ÈÇÌÊåÇÏå ÇáÃÎíÑ ¡ ÅÐÇ ÙåÑ áå Ãäå ÃÕÍ ãä ÇÌÊåÇÏå ÇáÃæá ¡ æÕáÇÊå ÇáÃæáì ÕÍíÍÉ º áÃäå ÃÏÇåÇ Úä ÇÌÊåÇÏ æÊÍÑò ááÍÞ
dir="ltr">"Jika seorang mukmin telah berijtihad arah kiblatnya, semasa dia berada di padang pasir, atau di bandar yang dia tidak pasti arah kilatnya, kemudian dia solat dengan ijihadnya, selepas itu dia mendapati bahawa dia telah bersolat kearah kiblat yang lain, maka sesungguhnya hendaklah dia meneruskan solat menurut ijitiadnya yang terkini, jika dia merasakan bahawa ijitihad ini lebih tepat dari yang awal, solatnya yang awal tadi masih sah! Kerana dia telah melakukan yang terbaik mencari arah kiblat yang betul" (Fatwa al-Syiekh bin Baaz, 10/421)

Sekian, wassalam

خيرالأمين