:salam
Ana nak tanya soalan..apa lagi solat sunat yang Nabi S.A.W tak buat tapi kita buat? Kalau ahli2 panel kita boleh kemukakan hadis dari NABI saw lagi baik..terima kasih..
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan myzyruz dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Bagi Solat-solat yang di anggap sunat oleh setengah2 pihak dan Nabi tidak pernah melakukan, sudah tentu tidak ada hadith yang sahih. Kalau Nabi :saw buat, sudah ada tentu menjadi ikutan melalui hadith baginda. Bagi solat-solat yang Nabi tidak buat, kebanyakkannya timbul dari hadith-hadith Maudhu' (palsu).
Disini kami cuba berikan beberapa contoh solat-solat tersebut (yang dipetik dari buku Himpunan Hadis Lemah dan Palsu, Prof Dr Farid Ahmad) :-
1. Solat Nisfu Sya'ban
"Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, hendaklah kamu bangun pada malam harinya (solat) dan berpuasa pada hari siangnya" [hadith ini dhaef].
"Hendaklah dikerjakan solat sunat pada malam Nisfu Sya'ban dengan 12 rakaat" [Riwayat ini palsu].
2. Solat masuk rumah
"Apabila salah seorang diantara kamu masuk ke dalam rumahnya, maka janganlah dia duduk sehingga di menunaikan solat" [Menurut al-Azdiy, hadith ini tidak ada asal - La AshLa Lahu].
3. Solat 8 rakaat pada malam Jumaat
"Solat 8 rakaat pada malam Jumaat dengan membaca surah al-Ikhlas 25X, dan sesudah malam membaca selawat 1000X dapat menghapuskan dosa2 dan di dapat melihat Nabi dalam tidur (mimpi)nya" [Hadith ini palsu. Didalam sanadnya terdapat beberapa rawi Majhul].
"Solat Rak'ataan (2 rakaat) pada malam Jumaat dengan membaca Izza Zulzila 15 kali" [Hadith ini mungkar].
4. Solat sunat malam Asyura'
"Keutamaan mengerjakan solat 4 rakaat dengan membaca al-Fatihah dan al-Ikhlas 50X pada hari Asyura'" [Hadith ini Palsu].
5. Solat 20 rakaat pada permulaan Malam Rejab
"Pada permulaan malam bulan Rejab, lakukanlah solat 20 rakaat dengan membaca surah al-ikhlas 1X" [Hadith ini Palsu].
wa'alaikumussalam

Sekian, wassalam
خيرالأمين