SJ-05-0168 : Solat di masjid Syiah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0168 : Solat di masjid Syiah

Bolehkah kita solat di dalam masjid syiah. Sekiranya boleh, adakah dibenarkan untuk melakukan tahiyatul masjid. Saya ada dengar pendapat yang mengatakan masjid syiah ni bukanlah masjid di dalam kategori ahlus sunnah maka tiada solat tahiyatul masjid.

Masjid Syiah ini sudah mendaftar di perlembagaan masjid dan majlis ugama Islam bahawa pengikutnya menganut aqidah syiah fatimi. Mereka tak membenarkan ahlus sunnah untuk solat berjemaah dengan mereka. Sesiapa yang bukan dari golongan mereka dibenarkan solat di dalam masjid itu tapi di sebuah kawasan yang lain di perkarangan masjid. Kalau tak silap saya jemaah mereka dinamakan Burhani.

SJ-05-0168 : Solat di masjid Syiah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ibni_abdullah dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Sabda Nabi :saw :-

ÌÇÁ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã (ÃÚØíÊ ÎãÓÇ áã íÚØåä ÃÍÏ ÞÈáí¡ -æÐßÑ Ýí åÐå ÇáÎãÓ- ÝÞÇá: æÌÚáÊ áí ÇáÃÑÖ ãÓÌÏÇ æØåæÑÇ¡ ÝÃíãÇ ÑÌá ãä ÃãÊí ÃÏÑßÊå ÇáÕáÇÉ ÝáíÕá
dir="ltr">"Aku diberi lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku- lalu beliau menyebutkan satu persatu, dan diantaranya bersabda: `Dan bumi dijadikan untukku sebagai masjid (tempat bersujud) dan sebagai alat untuk bersuci. Oleh itu siapa sahaja dari umatku apabila masuk waktu solat maka hendaklah ia melakukan solat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. [Fataawa Mu'asyarah Jilid 1] menjelaskan bahawa menurut hadith ini orang Islam boleh bersolat dimana sahaja tempat dimukabumi ini, tidak kira samada masjid Syiah ghuluw, Gereja dan sebagainya.

Tambah al-Qaradhawi lagi bahawa pernah suatu ketika Umar r.a. hampir-hampir melakukan solat di gereja Al-Qiyamah. Tetapi beliau tidak melakukan solatnya di situ. Yang menghalangi Umar r.a. melakukan solat di gereja tersebut adalah kerana kekhuatirannya bukan kerana Gerejanya.

Saya cuba juga mencari info mengenai masjid ini. Saya terjumpa sebuah masjid yang bernama Burhani, yang terletak di 39 Hill Street (berhampiran MRT City Hall), cuma tidak mengetahui mazhab apa yang mereka anuti.

Secara umumnya, jika mereka melarang (tidak kira kumpulan apa sekalipun namanya) golongan Sunni (atau yang bukan ahli) dari bersolat didalam masjid tersebut, sudah tentu masjid itu tidak mengikut definasi masjid yang sebenar. Jika menurut hakikat fungsi masjid, sudah tentu dibenarkan sesiapa sahaja orang Islam untuk bersolat didalamnya. Maka tidak perlukan kita melakukan solat tahiyatul masjid. Bagi yang melakukan solat fardu sah di 'masjid' tersebut sebagaimana fatwa al-Qaradhawi diatas. WA.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين