:salam
Ana nak tanya,apakah amalan2 sunat yg dilakuka oleh Rasulullah s.a.w semasa membuang air (kecil dan besar)-berdasarkan hadith.dan apakah keprluan menutup kepala? sekarang setiap rumah tandas+tampat mandi+tempat wuduk jadi, apakah kita harus waspada dan was2 dengan wuduk kita setiap kali kita mahu ambil wuduk..mohon pencerahan..wa..
:wassalam
:wassalam
alJawab:
Ni patut dihantar ke SJ Fiqh....A. antara sunnah-sunnah buang hajat:
1. tidak membawa masuk sesuatu yg tertulis nama Allah
(almajmu'(2/87)
2. Membaca basmallah atau isti'azah ketika masuk toilet.
3. mendahului kaki kiri
4. tidak menghadap atau membelakangi kiblat. Pendapat madzhab Syafi'iy hanya ditempat terbuka sahaja, jika dalam toilet, tak apa. (alMajmu'(2/82)
5. tidak berbicara
6. jika buang hajat di kawasan tiada toilet awam, jauhi tempat lalu lalang manusia.
7. tidak buang hajat (kecil dan besar) di tempat permandian
8. tidak buang hajat di tempat air yg tidak mengalir spt kolam.
9. jika buang hajat di kawasan tiada toilet, cari tempat yang lembut supaya tiada percikan najis.
10. membaca do'a ketika keluar toilet (ghufranak)
B. Tutup kepala tidak disebutkan oleh perbahasan ulamak. Maka sesiapa yg mengatakan pelru tutup kepala perlulah mendatangkan dalil
C. jika kita berwudhu' di dalam toilet yg menggabungkan tempat buang air dan mandian, maka kenalah berhati-hati ketika memasukinya, pastikan anda memakai selipar jepun.
sekian