Salam!
Minta maaf terpaksa tanya soalan ini untuk pihak ketiga. Beliau benar-benar meminta bantuan kerana beliau memang hanya menunggu jawapan sama ada boleh atau tidak dari segi syara'. Nampak beliau begitu komited untuk memulakan projek tersebut. Kerjasama moderator didahului dengan ribuan terima kasih!
---------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN:
Apakah hukumnya menternak lintah untuk pengeluaran bahan perubatan dan kosmetik. Adakah hasil jualan ternakan lintah itu halal dan boleh digunakan untuk saraan keluarga dan amal kebajikan?
:wassalam
al-Jawab:
Hukum lintah (leech family): samada najis atau suci tidak dapat dipastikan dan ia tertakluk kepada kaedah fiqh yg masyhur: al-Asyl fii al-asy-ya al-ibahah (hukum asal bagi segala sesuatu yg diciptakan adalah harus)
al-Imam Syed Ridha dalam tafsir al-Manar ketika mentafsir ayat al-Baqarah: 29 (Dialah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu) berkata, harus mengambil manfaat dari segala ciptaan Allah untuk dijadikan bahan makanan, minuman, pakaian, kenderaan, perhiasan dan juga PERUBATAN. (Tafsir al-Manar (1/247), juga kata al-Amir alSyun'ani, "sebenarnya asal segala sesuatu adalah suci dan pengharamannya tidak semestinya ia najis." (subulus Salam, 1/49). Kata Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyah alharani alsalafi, "asal segala sesuatu di muka bumi dgn kepelbagaian jenis dan sifat adalah suci dan halal secara mutlak, tidak diharamkan kepada manusia memakai, mengguna atau menyentuhnya." [Majmu' Fatawa 21/535)
Tambahan pulak lintah walapun tidak pernah dijadikan makanan manusia, tapi sudah sekian lama digunakan dalam perubatan, terutama di Barat sebagai terapi pembuangan darah dan toksin dari pesakit dengan menggunakan lintah hidup. Maka lintah telah terbukti mempunyai nilai perubatan di sisi manusia. Maka kami berpendapat lintah jika terbukti mempunyai nilai perubatan, boleh diternak dan dimanfaatkan dan ia adalah halal. WA