Assalamualaikum wbt
Saya ingin bertanya berkenaan surah al maidah:5, berbunyi;
Made lawful to you this day are AtTayyibât [all kinds of Halâl (lawful) foods, which Allâh has made lawful (meat of slaughtered eatable animals, etc., milk products, fats, vegetables and fruits, etc.). The food (slaughtered cattle, eatable animals, etc.) of the people of the Scripture (Jews and Christians) is lawful to you and yours is lawful to them. (Lawful to you in marriage) are chaste women from the believers and chaste women from those who were given the Scripture (Jews and Christians) before your time, when you have given their due Mahr (bridal money given by the husband to his wife at the time of marriage), desiring chastity (i.e. taking them in legal wedlock) not committing illegal sexual intercourse, nor taking them as girl-friends. And whosoever disbelieves in the Oneness of Allâh and in all the other Articles of Faith [i.e. His (Allâh's), Angels, His Holy Books, His Messengers, the Day of Resurrection and AlQadar (Divine Preordainments)], then fruitless is his work, and in the Hereafter he will be among the losers.
Semasa saya di UK, ramai rakan2 terutama Sudanese menggunakan dalil ini untuk membolehkan mereka membeli ayam/daging orang kristian. Masalah saya;
1) Secara literal, ayat ini membolehkan kita memakan daging ahli kitab. Adakah ianya perlu pendetailan utk mengetahui asal usul, ie sembelihan dsbnya? Ingat kisah Umar semasa ke masjid, dirusi air dan dia berkata jgn beritahu apa air tersebut.
2) Adakah ahli kitab masa kini boleh dikategorikan ahli kitab? Setahu saya, kita tetap refer ahli kitab walaupun kitab injil dan taurat berubah. Kalau mereka ikut kitab2 yg sebenar(injil & taurat), jadi Islam le..
3) Saya lihat cara penyembelihan masa kini mungkin menggunakan mesin tertentu,dan dengarnya pengendali mesin biasanya membeca bismillah sekali, untuk beribu2 ekor ayam. Adakah ini di benarkan?
4) Firasat saya, ahli kitab yg mengikuti agama akan menyembelih ayam atau binatang yg dimakan. Perubahan zaman, menyebab kitab mereka berubah, cara hidup mereka berubah. Tidak diketengahkan macamana penyebelihan ahli kitab dahulu. Tidak dinyatakan, ahli kitab dahulu adalah katolik, ortodok ataupun koptik. Ayat diatas setahu saya tak ada pemansuhan spt arak. Ada tak pandangan jumhur mengenai isu ini?
Secara amnya, kita akan mencari sumber yang halal walaupun saya mengetahui apa yg termaktub dlm Al Quran. Atau, adakan huraian2 tertentu sebab secara literalnya ALlah membenar makanan daging ahli kitab dgn rahmah tertentu walaupun kesamaan cara penyembelihan(guna letrik) dengan org majusi, hindu atau buddha.
:wassalam
al-Jawab:
1) Jumhur kecuali Malikiah mensyaratkan pendetailan, terutama madzhab Syafi'iy di Malaysia adalah paling ketat dan Malaysia sedang merintis penubuhan Halal Hub atau menjadikan Malaysia sebagai Pusat Makanan Halal sedunia. al-Qardhawi memilih pendapat Malikiah (halal & Haram), kemungkinan geng Sudanese memakai pendapat al-Qardhawi, maka sebab itulah mereka bermudah-mudah dalam hal ini.
2) Status ahli kitab masa kini adalah isu yg diperselisihkan. Pendapat paling keras ialah madzhab Syafi'iy yang mensyaratkan keturunannya adalah ahlil kitab yang tidak putus keturunannya, manakala Jumhur pula menetapkan agamanya bukan nasab. al-Qardhawi (Fatawa Mu'asirat) dan Syaikh Salih alFawzan (alAth'imah/105) memilih pendapat Jumhur. Di Malaysia, status ahlil Kitab seolah-olah sudah dihapuskan.
3) Menyebut nama Allah ketika menyembelih itu sunat bukan wajib menurut Syafi'iyah dan Hanabilah (alMughni 8/565) Majma'Fiqh Sedunia yg bersidang di Jeddah (KSA) kali ke 10, menyebut bismillah sekali utk satu sembelian berantai sudah memadai. (Qarar proseeding ke 10, ms 224)
4) Yang rajih, umat yahudi masih kuat berpegang dgn tradisi sembelihan dan mereka ada persijilan halal yahudi spt Kosher dan U-Pareve. Manakala Kristian kita kena berhati-hati kerana di kalangan mereka ada yang ateis dan beragama lain. Imam al-Baihaqi menyebut beberapa bani Arab yang beragama kristian tidak boleh makan sembelihan mereka. Ali ra misalnya melarang sembelihan Bani Tughlab kerana kata Ali mereka tidak beramal apapun dgn agama Kristian kecuali minum arak (Sunan alBaihaqi, 9/218)
Maka kalau kita ingin membeli daging kristian pastikan ia ada pengesahan badan penyembelihan bertauliah Arab Saudi misalnya yang menempatkan biro Halal kSA di Autralia dan New Zealand kerana tidak pasti dgn cara sembelihan kaum Kristian di zaman moden ini. Maka kita kena berhati-hati dengan Kristian lebih berbanding dgn Yahudi. sekian WA