SJ-15-0004 : bermazhab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0004 : bermazhab

mcm maner kalu sayer nak tukar dari mazhab yg lain ke mazhab yg lain.. adakah sekadar mengetahui pendapat sahja...... cthnyer dibolehkan telan air liur yg berada dibibir bagi mazhab yg berpendapat sedemikian

SJ-15-0004 : bermazhab

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hafiz85 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Islam tidak mewajibkan seseorang mengikut hanya kepada satu Mazhab sahaja . Mereka boleh memilih padangan yang lebih baik dalilnya. Menurut Fatwa IslamOnline :-

"Mengenai kes perbezaan pandangan dikalangan Mazhab, maka anda hendaklah, jika mempunyai ilmu yang cukup mengenai syariah Islam, lihat lah kepada dalil dan pandangan dan gunakan pandangan yang lebih benar. Walaubagaimana pun, jika tidak mempunyai ilmu yang mencukupi untuk melihat perbezaan pendapat Mazhab Fiqh, anda dibenarkan mengikuti pandangan mana-mana yang lebih tepat, terkenal, pandangan dari ulama atau mufti yang berilmu."

Anda boleh memilih pandangan Mazhab tersebut berdasarkan padangan yang hampir kepada kebenaran. Menurut Dr Rif'at al-Fawzi, Professor Syariah dari Universiti Kaherah, "walaupun seseorang Islam itu mengikuti satu Mazhab, dia bole memilih bahagian lain didalam mana-mana mazhab yang sesuai dengannya, dan hendaklah dia memastikan bahawa pandangan mazhab yang diambil dari Mazhab lain sejajar dengan Islam dan didokong oleh hadith-hadith yang sahih" [IOL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543960 ]

Berkata Imam Malik rh : "Seiap pandangan boleh diterima atau ditolak, melainkan dengan dia yang ditanam di kubur in (sambil menunjuk kepada Nabi :saw)".

Menurut Dr. Muzammil H Siddiqi, "Tujuan seseorang bukanlah mencari pandangan yang mudah. Tujuannya hendaklah mengikut pandangan mana yang lebih hampir kepada al-Quran dam Sunnah".

Anda juga boleh melihat link dibawah ini :-

SJ-01-0029 : Berubahnya mazhab di dalam kalbu...ewah!
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27496

SJ-15-0002 : PANDUAN TARJIH
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32072

Sekian, wassalam

خيرالأمين