SJ-05-0226 : Surau 2 Tkt & Pahala Jemaah makmum dibawah.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0226 : Surau 2 Tkt & Pahala Jemaah makmum dibawah.

Salam..
Just nak clarify berkenaan satu masalah yang berlaku kat surau near rumah ana.

Description:
Surau kami ni dua tingkat. Tangganya ada di sebelah kiri dan kanan sisi surau tetapi agak ke tengah sedikit. Imam biasanya berada di atas.

Masalah:
Baru ni ada sorang ust dari Perak datang and maklumkan menegur tentang struktur design surau ni. Katanya bahawa kaum wanita yang solat dibawah tak dapat pahala solat jemaah kerana tidak ada 'laluan' yang menghubungkan mereka dengan imam.
Ana tak pasti apa alasannya kerana ana tak dapat ikuti kuliah malam tu.

Soalan:
So nak tanya panel al-ahkam apakah perlu adanya ruang kosong dihadapan tingkat atas (seperti kebanyakan masjid 2 tingkat) yang membolehkan makmum nampak imam yang berada di bawah? Apakah ia ada nas dan petunjuk dari Nabi? Maksud ana in future iman akan berada dibawah and makmum wanita di atas akan nampak imam yg dibawah.

Masalah ni menjadi semakin kompleks apabila ust ni mengarahkan seorang imam berada di bawah bagi mengimamkan solat utk kaum wanita. Dan solatnya berjalan serentak... Apakah ini dikira 2 imam?
Hingga kini bila ada kuliah and makmum lelaki ramai, maka berlakulah situasi getir ni..

Harap dapat penjelasan sewajarnya dari panel2 feqh Ahkam..

Jazakallah..

SJ-05-0226 : Surau 2 Tkt & Pahala Jemaah makmum dibawah.

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan ibnularaby dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Menurut Ibn Qudamah rh, Jika terdapat halangan antara Imam dan makmum yang mengikutinya, dimana ia menghalang dari melihat Imam atau makmum yang bersolat dibelakangnya, maka terdapat 2 pandangan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad rh;

a. Tidak sah bersolat dibelakangnya
b. SAH solat dibelakangnya kerana dia berupaya mengikuti Imam tanpa melihatnya, sebagaimana orang buta lakukan. Akan tetapi, untuk solat dibelakang Imam menjadi sah, dia hendaklah berupaya mendengarnya [al-Mughni, 2/208].

Berikut adalah fatwa Ibn Utsaimin didalam kes diatas, apabila di tanya mengenai makmum wanita hanya mendengar suara Imam sahaja. Jawab beliau :-

íÌæÒ ááãÑÃÉ æááÑÌá ÃíÖÇ Ãä íÕáí ãÚ ÇáÌãÇÚÉ Ýí ÇáãÓÌÏ æÅä áã íÑ ÇáÅãÇã æáÇ ÇáãÃãæãíä ÅÐÇ Ããßä ÇáÇÞÊÏÇÁ ¡ ÝÅÐÇ ßÇä ÇáÕæÊ íÈáÛ ÇáäÓÇÁ Ýí ãßÇäåä ãä ÇáãÓÌÏ æíãßäåä Ãä íÞÊÏíä ÈÇáÅãÇã ÝÅäå íÕÍ Ãä íÕáíä ÇáÌãÇÚÉ ãÚ ÇáÅãÇã º áÃä ÇáãßÇä æÇÍÏ ¡ æÇáÇÞÊÏÇÁ ããßä ÓæÁ ßÇä Úä ØÑíÞ ãßÈÑ ÇáÕæÊ ¡ Ãæ Úä ØÑíÞ ãÈÇÔÑ ÈÕæÊ ÇáÅãÇã äÝÓå ¡ Ãæ ÈÕæÊ ÇáãÈáÛ Úäå ¡ æáÇ íÖÑ ÅÐÇ ßä áÇ íÑíä ÇáÅãÇã æáÇ ÇáãÃãæãíä¡ æÅäãÇ ÇÔÊÑØ ÈÚÖ ÇáÚáãÇÁ ÑÄíÉ ÇáÅãÇã Ãæ ÇáãÃãæãíä ÝíãÇ ÅÐÇ ßÇä ÇáÐí íÕáí ÎÇÑÌ ÇáãÓÌÏ¡ ÝÅä ÇáÝÞåÇÁ íÞæáæä íÕÍ ÇÞÊÏÇÁ ÇáãÃãæã ÇáÐí ÎÇÑÌ ÇáãÓÌÏ Ãä ÑÃì ÇáÅãÇã Ãæ ÇáãÃãæãíä .
dir="ltr">"Adalah dibolehkan bagi wanita dan juga lelaki bersolat berjemaah di Masjid, walaupun mereka tidak nampak Imam or Makmum yang bersolat dibelakangnya, apabila dia berupaya mengikuti Imam. Jika suara Imam boleh sampai kepada wanita yang berada didalam masjid, dan mereka berupaya untuk ikut pergerakkan Imam, maka SAH solat berjemaah bersama Imam. Kerana sesungguh ia merupakan satu tempat yang sama (masih dalam masjid) dan mereka boleh mengikuti Imam walaupun dengan bantuan alat pembesar suara, atau mendengar suara Imam secara langsung, atau mendengar suara mereka yang menyambung takbir daripananya. Bukanlah menjdai syarat melihat Imam atau makmum yang bersolat dibelakangnya. Malah, ada dikalangan ulama' yang menegaskan bahawa Imam atau Makmum yang bersolat dibelakangnya perlu dapat dilihat JIKA mereka bersolat di luar Masjid. Dikalangan fuqaha' yang menyatakan bahawa sah solat mengikuti Imam bagi makmum yang berada diluar masjid jika mereka dapat melihat Imam atau makmum yang bersolat dibelakangnya." [Majmu' Fatawa Ibn Utsaimin, 15/213].

Maksud Ibn Utsaimin rh, melihat Imam atau Makmum bukan syarat berada didalam jemaah selagi ia masih didalam kawasan masjid/surau. Yang penting asalkan mempunyai keadah untuk mengetahui pergerakan Imam, seperti menggunakan bantuan pembesar suara. Syarat melihat Imam menurut beberapa pandangan ulama' hanya berlaku kepada jemaah yang bersolat diluar masjid.

Nampaknya, Ustaz dari Perak itu memilih pendapat yang pertama yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, bahawa tidak sah solat berjemaah jika makmum tidak dapat melihat Imam atau makmum yang bersolat dibelakangnya. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين