SJ-10-0052 : Hukum makruh tetap makruh?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0052 : Hukum makruh tetap makruh?

:salam

Biasanya, kita beranggapan perkara MAKRUH jika kerap/byk dilakukan akan berTUKAR menjadi HARAM. Adakah dalil bagi sedemikian?

Ada sesetengah golongan yg menggunakan alasan untuk TETAP melakukan sesuatu yg dihukumkan MAKRUH, cth merokok, etc. Kononnya mereka menggunakan ijtihad sesetengah ulama yg menghukumkannya sbg makruh, maka tetap ia menjadi makruh dan TIDAK mungkin akan bertukar menjadi haram walau sekerap mana pun perlakuan tsb. Bagaimana tu?? ::?:

SJ-10-0052 : Hukum makruh tetap makruh?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå

Ada pendapat mengatakan: berterusan melakukan perbuatan makruh akan menjadikan ia suatu yg haram, sepertimana berterusan melakukan dosa kecil akan menjadikannya dosa besar. Malahan ada satu kata-kata masyhur: Berterusan dalam perkara harus membawa kepada makruh, dan berterusan dalam perkara makruh menjadikannya haram.

Tetapi pendapat yang kuat -Wallahu Taala A'lam- berterusan melakukan perkara makruh tidak mengubah hukumnya kepada haram KECUALI jika perbuatan makruh yang berterusan itu menjadi wasilah kepada perbuatan haram, maka ketika itu baru menjadi haram.

kerana:
1) Makruh dan Haram adalah dua hukum yang berbeza. Makruh ialah yang dilarang syarak bukan secara ilzam, manakala haram ialah larangan syarak secara ilzam.
2) Makruh termasuk dalam perkara yang halal, dan Nabi bersabda dalam hadis yang sahih: "Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas".
3) Tidak ada dalil yg menunjukkan suatu yg makruh jika selalu dilakukan akan menjadikannya sebagai haram.

walaupun begitu, amat tidak digalakkan berterusan dalam perkara makruh kerana:
-ia menunjukkan ketidakpedulian seseorang muslim terhadap hukum syarak terutama, hukum larangan.
-jika sikap bermudah-mudah dalam perkara makruh berterusan, maka tidak mustahil selepas ini, timbul sikap bermudah-mudahan dalam perkara haram.

wallahu Taala A'lam.

SJ-10-0052 : Hukum makruh tetap makruh?

Tambahan: Merokok bukan makruh

Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Merokok termasuk di dalam perkara yang berdosa kerana ia adalah perbuatan yang membazir dan memudaratkan kesihatan dll. Sudah tentu membazir dan memudaratkan kesihatan bukanlah makruh tetapi ia adalah perkara yang berdosa di dalam islam.

Berterusan dengan merokok boleh mambawa kepada dosa yang lebih besar.

Menurut kaedah, jika perbuatan dosa kecil dilakukan dengan berterusan ia akan bertukar menjadi dosa besar:

áÇ ßÈíÑÉ ãÚ ÇáÇÓÊÛÝÇÑ æáÇ ÕÛíÑÉ ãÚ ÇáÅÕÑÇÑ

"Bukanlah dosa besar jika beristighfar dan bukanlah dosa kecil jika berterusan".

Kaedah ini diriwayatkan dari Omar dan Ibn Abbas r.a dan ia merupakan hadis dhaif jika disandarkan kepada Nabi SAW.

Maksud kaedah: seseorang itu tidak lagi berdosa jika sudah meminta ampun dan dosa kecil tidak lagi kekal dosa kecil bahkan bertukar menjadi dosa besar jika berterusan. (Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi: 1/189)

Wallahu a3lam