:salam
Saya difahamkan bahawa seseorg tidak hanya murtad dengan pengisytiharan kemurtadannya, malah hanya dengan beriktiqad didlm hati @ kata2 sudah memadai.
Q1: Sekiranya dia terasa semacam keraguan terhadap satu2 ayat AQ atau hadith atau sesuatu hukum, mungkin kerana kejahilannya ketika membaca makna ayat2 tsb yg berbunyi pelik atau tak masuk akal, adakah dengan lintasan keraguan 'aqidah dlm hati tsb sudah cukup utk terus mengeluarkannya drpd Islam? Cth jika dia terdetik/terfikir:-
(i) "issh.. takkanlaa nabi boleh kahwin sampai sembilan..?"
(ii) "Takkan Islam nak sampai rejam org pulaaak...?"
(iii) "Trinity? Anti-hadith?? hmmm..."
(iv) Seorang yg menjadi cacat akibat kemalangan berkata, "Ya Allah! Macam ni ke Kau kata adil??"
(v) "aku tengah sakit ni pun kena solat jugak ke??"
Q2: Jikalau dia beristighfar setelah menyedari kesilapannya samada
(i) segera, atau (ii) stlh bbrp jam, hari@minggu, adakah masih diterima istighfarnya itu, bgmna pula dgn amalan2nya yg lepas??
utk menyelesaikan kemusykilan yg bertanya...saya hanya mampu utk menyebutkan di sini sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lain2 yg bermaksud:
Sesungguhnya Allah memaafkan ke atas umatku apa yang dibisikkan di dalam jiwanya (hati) selagi tidak dibuat atau tidak disebut.
wallahu a'lam
sedikit tambahan
lintasan2 hati berkaitan dengan perkara2 yg disebut diatas adalah mainan syaitan, dan seorang muslim tidak boleh mengelak daripadanya. Tetapi, apabila datang lintasan2 itu, WAJIB menolaknya jauh2 dan meminta perlindungan kepada Allah Taala.
dalam hadis sahih (Muslim dan lain-lain):
"Manusia sentiasa bertanya-tanya sehingga dikatakan: "Allah menciptakan segala makhluk. dan siapakah pula menciptakan Allah?". Sesiapa yg mendapati perkara ini dalam dirinya, maka hendaklah dia berkata: "Aku beriman kepada ALlah".
dalam hadis sahih lain:
"Syaitan datang kepada anak Adam dan berkata, "Siapakah yg menciptakan itu dan ini?" sehinggahalah ia bertanya: "Siapakah yg menciptakan Allah?". Apabila berlaku begini, maka hendaklah meminta perlindungan Allah, dan berhenti".
permainan syaitan terhadap keyakinan seorang mukmin ini dinamakan sebagai WASWAS. Nabi SAW ditanya tentang waswas, lalu baginda menjawab: "Itulah dia iman yg terang nyata". Maksudnya seseorang yg didatangi waswas daripada syaitan lalu dia menolaknya, itulah tanda Iman yg sebenar.
dalam hadis lain (muslim dan lain2), sahabat-sahabat Nabi datang kepada baginda, dan berkata: "Sesungguhnya kami mendapati dalam diri kami persoalan2 yang kami merasa amat besar untuk dituturkan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Itulah iman yg sepenuhnya".
maksudnya: sahabat2 yg didatangi persoalan2 waswas itu merasakan bahayanya waswas itu dan mereka tidak bercakap mengenainya, sebaliknya menolak perasaan itu jauh2. maka tindakan seumpama inilah yg dikatakan Nabi: Itulah Iman yg sepenuhnya.
kesimpulan:
-lintasan2 waswas hatta dalam perkara akidah tidak menjejaskan akidah.
-perasaan waswas itu hendaklah dirasakan suatu yg besar dan bahaya.
-perasaan waswas itu WAJIB ditolak jauh-jauh.
-Sesiapa yg didatangi waswas dalam perkara akidah mestilah meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan.
http://abuumair1.wordpress.com