SJ-12-0197 : Makan benda 'panas' utk elak mengandung?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0197 : Makan benda 'panas' utk elak mengandung?

Assalamu 'alaikum...

Tuan panel fiqh yg dihormati,

Saya diberitahu oleh rakan saya yang isteri beliau kadang2 mengamalkan memakan makanan panas (eg nenas) bagi menjarakkan anak. Ini dilakukan terutama apabila tarikh yg sepatutnya berlaku haid, tetapi lambat (tak berlaku). Akibat risau akan mengandung, maka isteri beliau akan memakan 'makanan jenis panas' tersebut. Setakat ni, dia kata menjadi je...

Saya mencadangkan agar melakukan azl jika mahu menangguhkan penghamilan. Beliau memang mengamalkannya, tetapi kadang2 beliau kata tak sempat, ::wink: . Dan lain2 sebab personal...

Saya cuba mengaitkannya dengan hukum pil perancang. Tetapi nampaknya dengan memakan benda 'panas' seakan lebih teruk sebab persenyawaan telah berlaku. Semacam pengguguran. Adakah perbuatan memakan 'makanan panas' bagi tujuan ini dibenarkan ISLAM?

waAllahu ta'ala a'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0197 : Makan benda 'panas' utk elak mengandung?

:wassalam

alJawab:

Ada dua hukum:

Pertama: Family planning
Kedua: Abortion

Hukum yang dimaklumi ialah harusnya family planning, manakala yang haram ialah abortion atau menggugurkan kandungan.

Cara yang paling dikenali di zaman salaf ialah 'azl, manakala di zaman kini ialah penggunaan pelbagai teknik moden, antaranya condom dan pil. Metodnya ialah menghalang persenyawaan sperma dgn telur.

Adapun memakan makanan panas itu sudah termasuk dalam hukum aborsi atau abortion sebab sudah berlaku persenyawaan. Ini adalah hukum yang disepakati keharamannya.

Rumusan: Diharuskan family planning dgn menggunakan pelbagai teknik yang boleh diamalkan asalkan ia tidak memberi mudharat kepada pasangan itu. Adapun melakukan sesuatu apabila benih itu sudah bersenyawa adalah termasuk dalam hukum abortion yg ditegah syara'. Jika memakan makanan panas itu bertujuan menggugurkan benih yg sudah bersatu, maka ia jelas melanggar hukum haramnya aborsi. sekian