:salam
sy telah membaca dr ahkam . net ttg solat hajat yg tdk ade pensyariatannya samada dibuat secara berjemaah @ individu.
tp ia selalunya menjadi 'program ibadah' yg paling masyhur kini. rata2 ia kerap dibuat di sekolah2 utk anak yg akn menghadapi peperiksaan bahkan parti politik UMNO / PAS pun pernah buat suatu ketika dulu secara berjemaah.
Jadi, adakah ia sesuatu yg menyalahi sunnah @ bagaimana ?
Bagimanakah alternatif terbaik ?
Bagaimana pula datangnya buku2 panduan solat2 sunat yg banyak di pasaran kini bahkan memaparkan beberapa cara yg boleh dilakukan utk solat hajat ? Dari mankah sumber itu dibukukan ?
Mohon pencerahan dr ahli fikr sekelian... syukran
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Solat Hajat merupakan solat yang dipertikaikan darjat kesohihan hadithnya. Syeikh Nasyiruddin al-Albani rh mengatakan bahawa hadith Abdullah ibn Abi Awfa al-Aslami yang diriwayatkan oleh Ibn Majah #1374 adalah sangat Dhaef (Dhaef Jiddan). Imam al-Tirmudzi mengatakan bahawa hadith ini Gharib (pelik) dan al-Hakim mengatakan bahawa status hadith ini Maudhu' atau palsu. Maka solat hajat ini tidak terdapat di sisi syara'.
Berikut adalah link perbincangan al-ahkam (PDF) mengenai solat hajat :-
al-ahkam.net: Kupasan Tentang Dalil Solat Hajat
http://al-ahkam.net/home/upload/dl/Islam/E-book_-_Melayu/Kupasan_Ilmiah_TentangDalil_Solat_Hajat.pdf
Sumber2 ambilan buku-buku panduan solat hajat berdasarkan hadith Abdullah ibn Abi Awfa al-Aslami yang mempunyai beberapa masalah. Ada juga buka yang menjelaskan tentang kaifiat solat tersebut seperti rakaat pertama membaca surah al-Kafirun 10x selepas al-Fatihah dan rakaat kedua membaca al-Ikhlas 10x selepas al-Fatihah merupakan kaifiat yang direka semata-mata.
Alternatifnya adalah seseorang itu masih boleh bermunajad kepada Allah dimalam hari dengan melakukan Solat Sunat Multak dan memohon do'a kepadanya. Apa yang ingin ditekankan disini adalah, tidak adalah solat khusus yang dinamakan solat hajat. Bersolat sunat sepert tahajjud dan diikuti dengan do'a mohon hajat yang dikehendaki merupakan satu amalan yang dituntut. Berikut kami petik Soal Jawab yang lepas berkenaan dengan isu ini.
خيرالأمين