:salam Selepas solat tarawih dan witir, saya tak dapat tidur, jadi saya surflah Al-Ahkam...Saya ada baca jawapan mengenai solat witir, penutup solat dan bila terjaga dari tidur boleh solat sunat lagi tanpa witir, dan tak perlu "membuka witir"...Soalan saya, jika saya tak bercadang untuk tidur/tak boleh tidur sehingga sahur/subuh, bolehkan saya solat sunat malam lagi...Perlukah saya "membuka witir"?...Apa itu membuka witir pula???....
Sumber Rujukan Islam Anda..
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba memnjawab soalan Akhi menakbar san dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Berikut kami petik Soal-Jawab yang lalu mengenai melakukan solat sunat selepas witir :-
Kesimpulannya, sebaik2nya adalah solat witir itu adalah penamat solat sunat. Akan tetapi, jika ingin mengerjakan solat sunat selepasnya (witir) maka Imam Nawawi rh. mengatakan : dibolehkan dan bukan Makruh hukumnya [al-Majmu' Sharh Muhazzab, 3/512]. Tidak perlu melakukan solat sunnat membuka witir dsb. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين