SJ - 2031 : MENGGAULI ISTERI YANG SEDANG HAID

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2031 : MENGGAULI ISTERI YANG SEDANG HAID

Assalamu'alaikum,
Apabila seorang isteri itu berada dlm keadaan haid, bolehkah isteri tersebut memuaskan nafsu suaminya dengan hanya bermain ataupun onani kemaluan suaminya? Hal ini berlaku dgn kerelaan isteri tersebut dan bukan dlm keadaan paksa.

Re: Mengauli isteri


Jawab
Lihat jawapan kami pada SJ-2002
Rumusan: harus hukumnya

Re: SJ - 2031 : MENGGAULI ISTERI YANG SEDANG HAID

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Berjimak dengan isteri di waktu haidh baginya adalah suatu perkara yang jelas diketahui haramnya , kerana Allah Ta’ala sendiri telah berfirman :

æóíóÓúÃóáõæäóßó Úóäö ÇáúãóÍöíÖö Þõáú åõæó ÃóÐðì ÝóÇÚúÊóÒöáõæÇú ÇáäøöÓóÇÁ Ýöí ÇáúãóÍöíÖö æóáÇó ÊóÞúÑóÈõæåõäøó ÍóÊøóìó íóØúåõÑúäó ÝóÅöÐóÇ ÊóØóåøóÑúäó ÝóÃúÊõæåõäøó ãöäú ÍóíúËõ ÃóãóÑóßõãõ Çááøåõ Åöäøó Çááøåó íõÍöÈøõ ÇáÊøóæøóÇÈöíäó æóíõÍöÈøõ ÇáúãõÊóØóåøöÑöíäó

Ertinya : “ Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci . Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri “. ~ Surah Al-Baqarah , ayat 222.

Ayat ini diturunkan sebagai bantahan kepada kelakuan orang-orang Yahudi terhadap isteri-isteri mereka yang sedang haidh . Dan diturunkan juga ayat tersebut sebagai pedoman agar umat Islam tidak mencontohi kelakuan orang-orang Yahudi yang mengurung isteri-isteri mereka yang sedang haidh . Bukan itu sahaja , bahkan kaumYahudi itu sendiri tidak sudi untuk duduk semeja , makan dan minum dengan isteri-isteri mereka yang sedang haidh .

Walaupun berjimak dengan isteri HARAM dilakukan ketika haidh , akan tetapi berseronok-ronok ( foreplay ) seperti berciuman-ciuman , berdakap-dakapan , bersentuh-sentuhan , saling urut-mengurut , saling raba-meraba dan sebagainya , semuanya diharuskan ketika haidh , DENGAN SYARAT ianya di kawasan di antara atas pusat dan bawah lutut sahaja – Ini merupakan pendapat majoriti ulama’ drp mazhab Hanafi , Maliki dan Syafi’e .

Dalil mereka ialah hadist sahih yang diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah r.a , katanya r.a :

ßóÇäó ÅöÍúÏóÇäóÇ ÅöÐóÇ ßóÇäóÊú ÍóÇÆöÖðÇ ÃóãóÑóåóÇ ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ãóäú ÊóÃúÊóÒöÑó Ýöí ÝóæúÑö ÍóíúÖóÊöåóÇ Ëõãøó íõÈóÇÔöÑõåóÇ ÞóÇáóÊú æóÃóíøõßõãú íóãúáößõ ÅöÑúÈóåõ ßóãóÇ ßóÇäó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóãúáößõ ÅöÑúÈóåõ

Ertinya : “ Apabila salah seorang daripada kami ( isteri-isteri Baginda s.a.w ) mengalami haidh , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkannya agar menutup di antara pusat dan lututnya dengan kain sarung , lalu Baginda s.a.w pun akan mendekatinya dan “ berseronok-seronok “ dengannya “ . Saidatina Aisyah r.a pun berkata lagi : “ Siapakah di kalangan kamu semua yang boleh menjaga nafsu-syahwatnya di saat seperti itu , sebagai mana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ? “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari r.h dan Imam Muslim r.h .


Akan tetapi , minoriti ulama’ pula – seperti Imam Ats-Tsauri r.h , Imam Al-Hassan Al-Basri r.h , Imam Daud Az-Zohiri r.h , Imam Ahmad r.h dan selain mereka – berpendapat bahawa boleh sahaja “ bermain-main dengan kemaluan si isteri yang sedang haidh –hatta menggosok-gosokkan kemaluan si suami ke kawasan tersebut - KECUALI berjimak ( memasukkan zakar ke dalam vaginanya ) . Dalil mereka ialah sebuah hadis yang menafisrkan ayat Al-quran Al-Karim di atas , sabda Baginda Rasulullah s.a.w menerangkan maksud ayat

: ( “ … dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci…” ) :

ÅÕäÚæÇ ßá ÔíÁ ÅáÇ ÇáäßÇÍ

Ertinya : “ ….Berbuatlah apa sahaja ( terhadap isterimu yang sedang haidh itu ) kecuali jimak ! “ .

K E S I M P U L A N :

Hukum yang dipegang oleh Majoriti ulama’ di atas , lebih PATUT DITURUTI berbanding pendapat minoroti mereka memandangkan ianya LEBIH SELAMAT DAN LEBIH MEMELIHARA seseorang itu agar tidak tergelincir daripada hanya “ ringan-ringan “ kepada “ jimak “ .

Adapun membandingkan diri Rasulullah s.a.w dengan kita – sebagai mana kiasan dan pegangan yang dipegang oleh golongan minoriti ulama’ di atas – adalah tertolak , kerana sebagai mana kata Saidatina Aisyah r.a : “ Siapakah di kalangan kamu semua yang boleh mengawal nafsunya ( agar jangan sampai terlajak melakukan jimak dengan isteri yang sedang haidh ) , sebagai mana Baginda s.a.w boleh menjaga nafsu-syahwatnya !?.

Baginda Rasulullah s.a.w dengan sifat semula-jadinya dan sifatnya sebagai seorang utusan Allah Ta’ala dan makhluk yang paling mulia , sudah tentu baginda Rasulullah s.a.w boleh menjaga dirinya daripada terjerumus ke dalam apa-apa sahaja yang mengundang dosa ( haram ) , tetapi adakah kita boleh menjamin bahawa kita boleh menjaga nafsu-syahwat kita yang “ menggila “ ini !? .

Jadi sebagai menutup “ pintu-pintu yang haram “ ( saddu adz-zaraie’ ) , maka sangatlah baik kita berpegang-teguh dengan hukum : HARUS “ BERSERONOK-SERONOK “ DENGAN ISTERI YANG SEDANG HAIDH , KECUALI DI KAWASAN DI ANTARA LUTUT DAN PUSATNYA “ .

Adapun jika seseorang itu sangat kuat nafsunya , mudah sangat terangsang walaupun hanya dengan cumbu-cumbuan , maka LEBIH BAIK dia tidak mendekati isterinya yang sedang haidh itu , kerana dibimbangi dia akan “ terlajak “ pula hingga menyetubuhi ( jimak ) isterinya yang sedang haidh itu . “ Orang yang suka bermain-main berhampirankawasan larangan , ditakuti pula satu hari nanti dia akan termasuk ke dalam kawasan larangan itu ! “ – ( Dan disinilah hikmahnya mengapakah berpoligami itu dibenarkan di dalam Islam ) .

Dan daripada jawapan ini juga , dapatlah kita memahami bahawa pandangan sebahagian orang yang mengatakan bahawa HARAM SAMA-SEKALI BERCUMBU-CUMBUAN DENGAN ISTERI YANG SEDANG HAIDH , adalah satu hukum yang tiada asalnya daripda sumber-sumber perundangan Islam yang sahih ! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – FIQH AL-KITAB WAS SUNNAH ~ Oleh Al-‘Allamah Dr. Amir Abdul Aziz
ms 342 , Jilid 1 . Terbitan : Darus Salam , Cairo .

2 – MASULIYAH AT-TARBIYYAH AL-JINSIYYAH ~ Oleh Al-‘Allamah Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan
ms 127 , Terbitan : Darus Salam , Cairo .

3 – USUL MU’ASYARAH AZ-ZAUJIYYAH ~ Oleh Syeikh Muhd Ahmad Kan’an
ms 78 , Terbitan : Darul Basyair Al-Islamiah , Lubnan .

4 – ASAS-ASAS FARDHU AIN ~ Oleh Allahyarham Ustaz Sulaiman Endut
ms 77 , Terbitan : Pustaka Haji Abdul Majid , Kuala Lumpur .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

22 / Ramadhan / 1423 H
27 / November / 2002 M

Hari Rabu – Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum