Adakah abu jahal dan abu lahab ini orang yang sama? saya selalu terkeliru kerana kadang kadang macam org yg sama dan kadang2 macam oerg yag berlainan [="purple"] [/]
Jawab:
Mereka tidak sama. Persamaan mereka adalah mereka berada di pasukan yg sama: muyrikin Quraisy.
Abu Lahab atau nama sebenar: Abdul 'Uzza bin Abd Mutalib adalah Paman/Uncle Nabi saw. Kejahatannya di abadikan dalam surah alLahab. Dia mati seminggu selepas kekalahan Perang Badr alKubra. (Ibn kathier, alBidayah)
Abu Jahal pula dari Bani Makhzum (salah satu 4 suku terbesar Mekkah), nama sebenarnya: Amr bin Hisham. Semasa perang Badr, dia menjadi panglima Turus tentera Quraisy dan terbunuh di medan itu (ibid)
Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Abu Jahal dan Abu Lahab , bukanlah orang yang sama , walaupun kedua-duanya merupakan " kepala pengat " ( ketua penjahat-penjahat ) bagi kaum Quraisy Mekkah di masa hidupnya Baginda Rasulullah s.a.w .
ABU JAHAL :
Ertinya " Bapa Kebodohan " . Ianya merupakan nama ejekan bagi seorang pemimpin kafir Quraisy dari golongan Bani Makhzum yang terkemuka di zaman Baginda Rasulullah s.a.w . Nama sebenarnya ialah Amru Bin Hisyam Bin Al-Mughirah. Dia dikenali dengan gelaran itu lantaran kedegilan dan sikap permusuhannya terhadap Islam , Nabinya s.a.w dan umatnya (r.a) di waktu itu . Dan dia sendiri menentang keras dakwah Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w , walaupun dia sendiri tahu bahawa itu adalah kebenaran daripada Allah Ta'ala . Dan dia bersikap demikian kerana kepentingan diri dan keluarganya yang memegang politik, ekonomi , sosial dan agama di saat itu .
Dialah yang telah mencadangkan kepada pemuda-pemuda kafir Quraisy agar keluar beramai-ramai mengepung rumah Baginda s.a.w dan membunuh Baginda s.a.w , tetapi usaha jahat itu tidak berjaya , kerana pada malam kepungan itu dilakukan , Baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a sempat memulakan hijrah ke Madinah Al-Munawwarah .
Dialah juga yang bertanggung-jawab berlakunya Perang Badar pada tahun kedua hijrah , iaitu peperangan pertama yang berlaku di antara Kaum Muslimin r.a dengan kaum Musyrikin Mekkah. Akibatnya , seramai 70 orang Quraisy Mekah sendiri telah terbunuh di dalam pertempuran itu termasuklah Abu Jahal sendiri .
Abu Jahal di dalam masyarakat Islam hari ini selalu digunakan bagi orang-orang Islam yang memiliki salah-satu daripada sifat-sifat Abu Jahal di zaman Baginda s.a.w , pembohong besar , pembuat kacay , tidak bertanggung-jawab dan sebagainya .
ABU LAHAB :
Erti asalnya ialah " Bapa Api Permusuhan " . Gelaran itu digunakan bagi seorang bapa saudara Baginda Rasulullah s.a.w yang bernama Abdul Uzza , kerana dia merupakan seorang yang suka menyalakan api persengketaan terhadap umat Islam. Mungkin juga yang dimaksudkan dengan perkataan Abu Lahab itu itu bukan hanya orang tertentu, tetapi siapa yang suka menyalakan api permusuhan dan persengketaan. Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil ikut serta memusuhi Baginda Rasulullah s.a.w dan umat Islam .
Persengketaan dan permusuhan yang dilakukan begitu hebat ini mungkin juga disebabkan pengaruh daripada isterinya ( Ummu Jamil ) yang merupakan adik kepada Abu Sufyan , yang merupakan salah seorang daripada " 3 Orang Abu " yang sangat membenci dakwah Islam yang berkembang di Mekkah Al-Mukarramah. Dikatakan bahawa Ummu Jamil ini akhirnya mati disebabkan kekecewaannya terhadap kekalahan tentera Musyrikin Quraisy di dalam Perang Badar Al-Kubra, dan ada pula yang mengatakan bahawa dia mati disebabkan sakit " demam campak ".
Begitulah kisahnya kedua-dua orang musuh ketat dakwah Islam di zaman Baginda Rasulullah s.a.w . Ya ! memang kedua-dua " samseng besar " itu sudah mampus , akan tetapi watak jahatnya masih terus dimainkan oleh penjahat-penjahat di hari ini , di atas pentas kehidupan demi memastikan seruan dakwah Baginda Rasulullah s.a.w yang diteruskan oleh golongan ulama' dan mujahidin ini terpadam !!!.
Sekian . Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
**************************************
RUJUKAN
1 - KAMUS PENGETAHUAN ISLAM - YADIM (1976 )
2 - LUBABUN NUQUL FI ASBAB AN-NUZUL - Imam As-Suyuthi (rh) , Terbitan : Darul Fikr, K. Lumpur
æÇáÓáÇã ÚÇíßã æÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
21 / Ramadhan / 1423 H
26 / November / 2002 M

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************

Hari Selasa - Bandaraya Kaherah
Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum