SJ-07-0091 : Berzikir pada Syaitan???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0091 : Berzikir pada Syaitan???

:salam

Saya pernah diberitahu oleh beberapa rakan saya bahawa sekiranya kita menyanyi dalam bilik air atau tandas,kita sedang berikir kepada Syaitan. Adakah ia benar?Terima kasih

SJ-07-0091 : Berzikir pada Syaitan???

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah, Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak pula kami berjumpa dengan dalil yang mengatakan bahawa "menyanyi dalam bilik seperti kita berzikir kepada syaitan". Umumnya sebagaimana yang kita tahu, tandas itu adalah tempat yang kotor, sudah tentu Jin dan Syaitan amat suka kepada tempat tersebut. Sebab itu Nabi :saw mengajar kita agar membaca do'a sebelum masuk tandas, riwayat dari Anas ibn Malik ra. berkata :-

Çááåã Åäí ÃÚæÐ Èß ãä ÇáÎÈË æÇáÎÈÇÆË
dir="ltr">"Apabila Rasulullah masuk tandas, baginda akan membaca : Ya Allah Aku memohon perlindungan kamu dari syaitan jantan (al-Khubuthi) dan syaitan betina (al-khabaaith)" [Hadith Riwayat al-Bukhari #142, Muslim #375].

Dikalangan ulama' memakuhkan (termasuk Ali bin Abu Thalib ra. memakruhkan membaca al-Quran, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Daud) menyebut nama-nama Allah didalam tandas. Kemungkinan jika nyanyian itu mengandungi asma al-Husna, sudah tentu ia diteguh dari menyanyikan lagu tersebut didalam tandas. Begitu juga ulama' memakruhkan mereka memberi salam kepada mereka yang membuang hajat di tandas. Sabda Nabi :saw :-

ÅöÐóÇ ÑóÃóíúÊóäöí Úóáóì ãöËúáö åóÐöåö ÇáúÍóÇáóÉö ÝóáóÇ ÊõÓóáøöãú Úóáóíøó ÝóÅöäøóßó Åöäú ÝóÚóáúÊó Ðóáößó áóãú ÃóÑõÏøó Úóáóíúßó
dir="ltr">"Jika kamu melihat ku didalam keadaan ini, jangan memberi salam kepadaku, kerana jika kamu lakukan, aku tidak akan membalas salam kamu" [Riwayat Ibn Majah #346].

Jumhur ulama' memakruhkan bercakap didalam tandas, maka termasuklah menyanyi atau terjerit-jerit didalam tandas. Cuma hadith khas melarang nyanyian didalam tandas tidak dijumpai.

(Ada dikalangan ulama' yang terlalu amat mementingkan masa, sehinggakan apabila berada didalam tandas, mereka masih lagi menyuruh anak murid atau anak mereka membaca kitab2, dan mereka mendengar didalam tandas; seperti Al-Majd Ibn Taymiyah, datuk kepada Ibn Taimiyah, menyuruh anaknya membacakan kitab [Ibn al-Qayyim, Rawdat al-Muhibbin, ms 65] begitu juga Imam Abu Haatim al-Raazi menyuruh anaknya Abdul Rahman membacakan kitab [Siyar A'laam al-Nubala’, 13/251. ]. Pada dasarnya, mendengar bacaan tersebut dibolehkan.) WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين