SJ-05-0286 : Solat di Musolla

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0286 : Solat di Musolla

:salam

Dlm musolla (di tempat kerja), terdapat seorang sedang bersolat sendirian. Apakah hukumnya seorang yg datang kemudian tidak ikut serta (berjamaah) dgn org yg sedang solat sendirian tadi?

Sekiranya terdapat ramai yg sedang solat secara sendirian dlm musollah itu, apakah yg sepatutnya dilakukan oleh seseorg yg datang kemudian?

:wassalam

SJ-05-0286 : Solat di Musolla

:wassalam

al-Jawab:

Islam menganjurkan sistem dan disiplin. Solat yang aula ialah solat dgn Imam rawatib dalam menepati waktu masuknya yakni di awal waktu.

Kemudian orang masbuk yang berceceran datang itu terpulanglah kepadanya, nak solat sendirian atau berjama'ah. Jika dia ingin mendapat jama'ah yang hakiki, dia hendaklah datang awal dan bersama dgn jama'ah yg asal. Itu semua dah dinamakan left-overs atau saki baki solat jama'ah dan Allah saja yang tahu kadar pahalanya.

Cara yg benar bagi si masbuk ialah bergabung dgn jama'ah yang sedang solat. Jika dia mendapati ada orang bersolat secara sendirian, dia boleh saja berimamkan salah seorang darinya, ini kerana seseorang boleh berimamkan orang yg sedang solat wajib atau sunat. Atau dia boleh saja solat secara sendirian memandangkan dia telah terlepas solat jama;ah yang lazim. (Dar Sa'eed al-Qahthani, solatul Jama'ah, Darul Wathan Riyadh, KSA)