SJ-13-0327 : Nabi yang ummi..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0327 : Nabi yang ummi..

Minta tolong berikan penjelasan tentang apakah yang dimaksudkan Nabi yang ummi..?
Ini kerana ada yang mengatakan bahawa junjungan kita Rasulullah SAW bukanlah ummi dalam ertikata sebenar yang baginda tidak tahu menulis dan membaca tetapi membawa erti yang lain, yakni yang tidak pernah menulis kitab ( lebih kurang macam tu lah maksudnya..) sebelum turunnya wahyu.

Sekiranya ada site-site lain yang membahaskan isu ini, harap dapat berikan addressnya.

Wassalam.

SJ-13-0327 : Nabi yang ummi..

al-Jawab:

ummi itu menurut Tafsir alQurthubi yg menukil dari Ibn Abbas ra ialah bermaksud butahuruf, tidak tahu membaca, menulis, mengira dan menulis kitab.

Lihat AQ 7:157
Juga AQ 29: 48

Dijelaskan kenapa Nabi berstatus ummi, sebab dah dicatatkan dalam Taurat dan Injil akan sifat beliau (adalah ummi).
Dalam surah al-Ankanbut kenapa status ummi itu ialah supaya manusia tidak meragui ketulinan al-Qur:an adalah sebenar-benar wahyu. Jika baginda pandai mengarang kitab, sudah tentu manusia akan meraguinya.

Website yg membahaskan, antaranya ialah Islam QnA kelolaan Syaikh Saleh al-Munajjid