SJ-13-0353 : Benarkah Setan duduk bawah kuku?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0353 : Benarkah Setan duduk bawah kuku?

1) Benarkah kenyataan ini " syaitan suka duduk dibawah kuku yang panjang "???

2) Ada ker hadis sahih berkaitan persoalan berkenaan?
3) Kalau xsimpan kuku yang panjang sikit untuk anak jari,nk korek hidung utk kebersihan pun susah..

...confius .....

SJ-13-0353 : Benarkah Setan duduk bawah kuku?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Pernyataan ini -setakat pencarian kami- bukan bersumber daripada nas-nas syarak samada Quran atau hadis. Sedangkan perkara ghaibiyyat hanya boleh diambil daripada ucapan syarak (Quran dan Sunnah).

2) Terdapat hadis sahih berkaitan sunnah memotong kuku, dan ia salah satu fitrah manusia. Abu Hurairah melaporkan: Bahawa Nabi SAW besabda: "Lima perkara daripada fitrah, iaitu; khitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan mengerat misai". Direkod oleh Bukhari dan Muslim.

3) Nabi SAW telah menyatakan bahawa antara amalan fitrah ialah memotong kuku. Bererti, amalan ini bersesuaian dengan kebersihan. Memotong kuku bukannya dibuat setiap hari, hanya ketika keperluan supaya kuku tidak panjang meyerupai kuku haiwan, dan supaya tidak terhimpun kotoran2 di celah kuku.

Untuk kebersihan hidung, syarak telah mengajar supaya istinsyaq (memasukkan air dalam hidung) setiap kali wudhu'. Untuk korek hidung pula, tidaklah memerlukan kuku yg panjang sangat. Malahan, kalau kuku panjang, kotoran2 hidung akan melekat pula di celah kuku.

Wallahu A'lam.